Saturday, May 29, 2010

APA PUN HENTAM DULU, KEMUDIAN MINTA MAAF

Hari ini aku dan kawan-kawan sembang-sembang sambil minum pagi. Cerita yang menarik mengenai orang melayu khasnya orang-orang dan pemimpin UMNO yang nampak garang tapi sebenarnya pandai acah sahaja.

Orang Melayu dengan santun budinya, memang garang tapi garang sekejap saja. Dah banyak kali hati orang Melayu macam air panas dibubuh ais. Tengah panas-panas, kena ais terus sejuk gedi.

UMNO pun macam itu juga. Awalnya memang garang. Dengar pun takut. Kena gula-gula sikit, terus menikus dan senyap. Tak bunyi apa-apa lagi. Itulah yang dilihat oleh puak-puak dan kaki provokasi dalam negara dewasa ini.

Apapun kata mereka, kita hentam betul-betul dulu, lepas tu minta maaf. Melayu mesti terima punya. Sudah banyak kali kita lihat situasi 'garang' orang Melayu. Hishamuddin Tun Hussein sudah berkali-kali pada mulanya tunjuk garang bukan main. Lepas itu bila orang-orang ysng membuat kenyataan minta maaf, semua selesai. Lihat saja kes kenyataan akhbar Cina mengenai perletakan jawatan Ketua Polis Negara. Ingatkan dah nak 'bungkus' akhbar itu. Akhirnya bila akhbar tersebut minta maaf, Hishamuddin senyum semula.

Sekarang Vell Paari (Paari atau Paria?) pula hentam UMNO. Dua tiga hari lepas ingatkan Si Paari ni dah 'bungkus' di selinap puak-puak UMNO yang tak puas hati dengan kenyataannya. Ditambah pula dengan kenyataan T. Mohan mahu MIC mengkaji kedudukan dalam BN, aku fikir tentu huru-hara MIC di amuk pemimpin-pemimpin UMNO yang sebelum itu melabel anak jantan Samy ini dengan macam-macam istilah. Ada yang kata kurang ajar, ada yang kata biadap dan tidak kurang pula yang kata India tidak sedar diri.

Alih-alih hari ini semua selesai. Senang saja nak selesai. vell Paari sudah minta maaf. Minta maaf, semua selesai. Yang hati terguris dua tiga hari lalu lupakan saja. UMNO terima permohonan maaf itu.

Tidak hairanlah lepas ini ada lagi yang bersuara janggal. Ada lagi suara-suara yang menuduh Melayu macam-macam. Hari ini tuduh, esok minta maaf. Nak mainkan orang Melayu bukan susah. hari ini kita hentam dia, esok kita kata, "Maaflah. Saya silap."

Senangnya Melayu dipermainkan!

No comments: