Tuesday, January 11, 2011

ADA PERKARA LAIN YANG LEBIH PENTING

Kata Anwar, isu SUK hanyalah satu perkara kecil. Tidak perlu diheboh-hebohkan dan diriuh-riuhkan sehinga hilang tumpuan mentadbir negeri. Itu aku sangat setuju. Bagi Anwar isu tersebut memanglah kecil kerana padanya ada isu lain yang lebih besar.

Isu liwat Penasihat PKR itu sendiri adalah isu yang lebih besar. Itu sebenarnya yang ditunjukkan oleh Anwar. Itulah isu besar yang sebenarnya yang patut PKR beri tumpuan. Begitulah lebih kurang maksud Anwar semasa majlis 'Solat Hajat Selamatkan Selangor' yang diadakan semalam.

Isu liwat beliau bakal menjadi isu yang lebih besar dalam sedikit masa lagi. Bukan sahaja Karpal yang munkin dipanggil sebagai saksi, malah Mohamad Sabu yang amat lantang menggelarkan 'al-juburi' beberapa tahun lalu juga mungkin akan menjadi saksi. Kalau dulu Ustaz Mohamad Sabu sentiasa berapi-api berucap tentang masalah salahlaku seks Anwar di pentas-pentas ceramah, sekarsang tibalah masaanya beliau dipanggil juga menjadi saksi kerana ternyata beliau tahu seperti karpal Singh juga.

Malah gelaran 'Al-juburi' bukan karpal yang perkenalkan tetapi Mohamad Sabu dan gelaran itu cukup populer sehingga hari ini. Kalau pemimpin-pemimpin ini begitu ikhlas dalam politik, inilah masanya auntuk tampil ke hadapan menyelongkar misteri ucapan-ucapan dan pengakuan bahawa mereka mempunyai bukti kukuh dalam perkara itu.

Itulah isu yang lebih besar yang Anwar makksudkan!