Wednesday, March 23, 2011

DS NAJIB PATUT MALU

Majlis Pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan kepada mangsa Tsunami di Jepun berlangsung pagi tadi di Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan DS Najib, Perdana Menteri Malaysia dengan dihadiri para kenamaan termasuk Duta Jepun ke Malaysia.

Selain mesej kemanusiaan yang hendak disampaikan melalui majlis tersebut, ada seperkara lain yang patut diambil pengajaran oleh sekelian rakyat Malaysia dan juga Perdana Menteri sendiri. DS Najib sepatutnya merasa malu dan insaf betapa orang lain lebih menghargai bahasa Melayu berbanding DS Najib sendiri.

Selepas DS Najib berucap panjang lebar dalam bahasa Inggeris yang sebahagian sahaja hadirin yang faham, Duta Jepun dengan rasa rendah diri dan hormatnya menyampaikan ucapan balas dalam bahasa Melayu yang tersusun rapi. Walaupun tidak lancar, perasaan hormat dan bangga beliau terhadap bahasa bumi Malaysia ini sangsat menyentuh perasaan.

Ketika orang lain sibuk berlumba menggunakan bahasa Inggeris, ada juga seorang rakyat Jepun yang tahau hormatnya terhadap bahasa Melayu yang hampir dilupai rakyatnya sendiri termasuk para pemimpinnya.

Jika diamati betul-betul, baru berapa tahun duta Jepun ini tinggal di sini, beliau berusaha mempelajari bahasa negara ini dan didapati berjaya. Adakah semangat ini ada pada diri orang yang mengaku rakyat negara ini, sehingga sekarang masih ada yang tidak faham dan tahu bertutur bahasanya sendiri.

DS Najib patut malu!