Monday, November 29, 2010

RUPANYA MENGHINA KAUM LAIN TIDAK SALAH!

Apabila menteri JPM, Nazri Aziz merumuskan bahawa tiada kesalahan dibuat 'babi' bernama Namewee terhadap kerajaan yang menyebabkan tiada tindakan yang boleh diambil, barulah aku tahu bahawa menghina kaum lain selain kaum Cina, bukanlah satu kesalahan di Malaysia ini. Bagusnya!

Barangkali penggal pemerintahan BN kali ini merupakan penggal membodek kaum Cina. Buatlah apapun, biarlah menggembirakan kaum tersebut. Bantuan kepada sekolah-sekolah, lebihkan kepada SRJK Cina walaupun dilihat SRJK Tamil lebih daif. Nak berpeluk di pentas politik pun mesti dengan Cina tak kira parti Islam atau parti sekular.

Ringkas cerita, kaum Cina adalah RAJA di negara bertuah ini. Partutlah ramai pendatang kaum ini masuk ke negara ini menjadi GRO dan tukang urut. Negara ini adalah pentas mereka menunjukkan semua aksi 'kurang ajar' termasuk perbuatan menghina kaum Melayu dan bumiputera. Rupanya itu bukanlah satu kesalahan kepada kerajaan.

Tetapi di masa yang sama, individu Melayu tidak boleh berbuat begitu kepada kaum Cina kerana ia dianggap kesalahan besar menggugat keharmonian dan perpaduan. Rupanya sebarang kenyataan orang Melayu yang menyentuh Cina adalah kenyataan rasis tetapi tidak begitu sebaliknya, kaum Cina boleh berkata apa sekalipun dan boleh menghina sebanyak manapun. Perbuatan mereka bukan kesalahan kepada kerajaan.

Tetapi bukankah menggugat keharmonian kaum merupakan satu kesalahan? Kerajaan sedang berusaha memupuk semangat perpaduan kaum, 'si babi' ini cuba merosakkan usaha tersebut, masih bukan kesalahan kepada kerajaan? Jadi orang Melayu pun bolehlah menghasilkan klip video seperti itu (menghina negara dengan mengubah lagu Negaraku)?

Malaysia adalah sebuah negara yang pelik, negara yang mempunyai peribahasa "Kera di hutan disusui, anak di pangkuan ditinggalkan". Memang betul dan tepat sekali pewribahasa yang dibuat oleh generasi terdahulu.

Sunday, November 28, 2010

MARI RAMAI-RAMAI KITA BUAT VIDEO

Hari ini marilah ramai-ramai kita buat video. Buat video macam Namewee. Hentamlah siapa sahaja. kutuklah siapa sahaja. katalah apa sahaja. Tunjuklah apa saja termasuk benda-benda dalam kain sekalipun, buat video dan tujulah kepada siapa sahaja.

Rupanya itu bukan kesalahan. kata Nazri Aziz Namewee tidak bersalah sama sekali sebab itu tiada rindakan dapat diambil. jadi kita juga buatlah video macam itu. Sumpah seranahlah pada siapa sahaja termasuk kepada nazri atau Hishamudin yang tiada kuasa apa-apa walaupun jadi MENTERI.

Jadi mari kita ramai-ramai buat video.

memanglah Namewee tidak bersalah kepada kerajaan. Itu memang tepat. yang orang ramai pertikaikan bukan pada siapa dia bersalah tetapi sikap kurang ajarnya itu boleh menimbulkan ketegangan kaum. Sifat 'babinya' itu boleh menimbulkan rasa kurang senang masyarakat khasnya masayarakat Melayu yang dimaki dan dicacinya.

Ada KDN pun tidak berbuat apa-apa tentang hasutan yang dimomokkan oleh pembikinan video Namewee ini. Itu pun Nazri tidak sedarkah? Hishamudin tidak sedarkah? Atau KDN sengaja hendak tunggu kalau-kalau ada mana-mana Melayu 'siat-siatkan' keparat itu barulah hendak buka mata?

Atau KDN mahu lebih baanyak lagi video seperti ini diterbitkan?

BERTUAHNYA ORANG BERNAMA ANWAR IBRAHIM

Untungnya dan bertuahnya menjadi Anwar Ibrahim.

Selain mendapat kasih sayang seorang isteri, Dia mendapat juga 'kasih sayang' dari manusia-manusia lain yang senafsunya. Beliau mendapat sanjungan dari manusia-manusia ramai yang datangnya dari kelompok yang tidak ada satu yang betul dibuat orang. Kelompok ini hanya mengiktiraf kata mereka sahaja. Kata orang lain semua tidak betul.

Dan kelompok inilah yang memuja Anwar sehingga tidak bertepi.

Biar macam mana skandal seks luar hukum yang dilakukannya, Anwar tetap disanjung dan dimuliakan. Pak-pak Haji dan Pak-pak Ulama memujanya sebagai manusia agung yang disifatkan sebagai anugerah Tuhan kepada umat manusia untuk mmimpin. Tiada manusia lain yang layak memimpin selain Anwar.

Apa lagi hendak dikatakan, memegang jawatan dalam parti dengan satu jawatan yang tiada dalam perlembagaan parti. Dan jawatan yang tidak dipertandingkan pula. Orang lain tidak boleh menjawat jawatan tersebut yang terpakai untuk menjadi Ketua Pembangkang dan menjadi ketua pula kepada satu kerjasama parti-parti pembangkang. Sungguh istimewa manusia bernama Anwar ini.

Biarpun Anwar selalu berbohong. Anwar tetap dimuliakan. Segala pembohongannya dianggap betul dan ramai pula orang-orang alim yang membelanya. Dan semua truduhan terhadap Anwar walaupun dibnuktikan secara saintifik dan undang-undang sangat betul, maaih diuar-uarkan sebagai fitnah. Tuduhan yang dilemparkan Anwar sahaja yang dikira betul. Kiranya Anwar adalah manusia MAKSUM yang lahir selepas Nabi Muhammad SAW.

Tidak hairan kalau orang seperti Lim Kit Siang atau Karpal Singh boleh mempercayai Anwar padahal dahulu mereka inilah yang mencaci Anwar. Tapi bila orang macam Nik Aziz boleh percayakannya, orang macam Haji Hadi boleh mempercayaianya, sungguh istimewa Anwar.

Biarpun Anwar memburuk-burukkan negara di dunia luar, beliau masih dipuja dan dijulang sebagai hero negara. Tidak ada satu pun cacat cela dari diri Anwar, biar beliau menghina negara dan rakyat yang lain. Biar apa sahaja yang dilakukannya di luar negara, berinteraksi dengan tokoh-tokoh Yahudi, Anwar tetap disanjung tinggi.

Biar macam mana buruk sekalipun peribadi Anwar dengan berbagai skandal seksnya, isterinya tetap setia malah masih membelanya dengan ucapan yang paling agung untuk segala umat manusia, "Anwar adalah anugerah Tuhan untuk menjadi pemimpin." Walaupun Azizah sedar Anwar ada berbagai 'kulit luar' yang sering bertukar, Anwar tetap suaminya.

Beruntungnya manusia yang bernama Anwar! Biarpun masalah moralnya kian terserlah, siapa peduli?

Friday, November 5, 2010

ROSMAH TIDAK JAGA NAJIB SAKIT?



DS Najib sakit! DS Najib tidak sihat dan memerlukan duduk berehat di rumah. Dan dari semasa ke semasa perlu mendapat rawatan intensif agar penyakit berjangkit tersebut cepat sembuh. Bila sembuh, dapatlah meneruskan tugas mentadbir negara dan menjalankan urusan-urusan rasmi.

Dan bila tidak sihat begini teringat aku tentang peranan seorang isteri. Ketika tidak sihat beginilah, semua suami mengharapkan isteri sentiasa di sisi ataupun sekurang-kurangnya berada di rumah bagi melaksanakan tanggungjawab menyediakan keperluan tertentu terutama dari segi makan minum dan lain-lain. Itulah tugas utama para isteri ketika suami sakit dan begitu jugalah sebaliknya.

Tetapi isteri Najb ini lain. Semakin sakit Najib semaikin galak dia ke sana ke mari. Merasmikan itu dan merasmikan ini. Melancarkan itu dan melancarkan ini. Hari-hari ada sahaja gambar dan berita Rosmah di dada akhbar. Macam negara ini tidak ada menteri. Macam negara ini tidak ada orang lain yang boleh melakukan tugas rasmi seperti ini.

Biasanya bila tidak ada PM, tentulah Timbalan Perdana Menteri yang mengambil alih urusan-urusan rasmi. Atau setidak-tidaknya mana-mana menteri kanan atau yang berkaitan dengan program yang dijalankan. Tetapi negara seolah-olah hanya ada Najib dan Rosmah. Kalau tidak Najib, mesti Rosmah yang ganti.

Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia isteri Perdana Menteri tidak menjadi 'isteri' Perdana Menteri. Masukkan dalam buku-buku sejarah bahawa isteri PM yang ini lebih sibuk dari PM sendiri. Sibuk sungguh sehingga terfikir apakah yang dicari Rosmah ini sebenarnya. Barangkali hendak menggantikan tempat Najib satu hari nanti bila Najib sudah tiada.

Rosmah pun kenalah sedar sikit dirinya. Dia isteri Perdana Menteri. Duduklah di rumah jaga Najib yang tidak sihat. Jaga makan minumnya. Jaga makan pakainya. Tak payahlah ke sana ke mari mencari publisiti. Orang sudah kenal dan sudah tahu 'First Lady' Malaysia adalah wanita bernama Rosmah.

Jadi duduklah di rumah jaga Najib agar Najib cepat sihat. Biarlah Muhyidin Yasin uruskan negara ini dengan barisan kabinet yang ada.

Saturday, October 30, 2010

MANA 'FIRST LADY' MALAYSIA?




Ini adalah foto isteri-isteri para pemimpin dan peserta Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan di Hanoi. Bukan ambil sendiri foto ini sebaliknya diambil dari akhbar Utusan Malaysia keluaran Sabtu 30 Oktober 2010. Kalau ambil sendiri nanti akan menjadi isu 'super impose' dan sebagainya.

Yang mana satu isteri Perdana Menteri Malaysia, sebuah negara yang terkenal dengan budaya Melayu yang sangat dibangga-banggakan? Nampak semua wanita di foto itu sama sahaja kecuali beberapa orang yang mengenakan pakaian tradisi mereka. Tapi mana wakil Malaysia? Isteri wakil dari negara lain mengenakan pakaian negara masing-masing, tidak isteri wakil Malaysia.

Sepatutnya waktu beginilah DS Rosmah mengenakan 'baju kurung' dengan selendang kalaupun tidak mahu bertudung. Waktu macam inilah sepatutnya 'First Lady' Malaysia ini mengenakan pakaian yang beridentiti Malaysia dan Melayu supaya dunia dan khasnya ASEAN mengenali Malaysia, sebuah negara Melayu. Apalah salahnya berpakaian Melayu, dan letakkan tudung di atas kepala.

Sebab itulah sering kedengaran orang bercakap tentang wanita ini. Tidak tahu dan tidak mahu membantu suaminya. Tidak menolong suaminya dengan memperkenalkan identiti Melayu dan Malaysia di tempat-tempat rasmi begini, sedangkan inilah peluang Rosmah membantu Perdana Menteri dan negara mempromosi Malaysia dari segi fesyen dan berpakaian.

Nasiblah Najib, nasiblah Malaysia mendapat Rosmah.

Wednesday, October 27, 2010

PAPANTANDA: UNTUK HIASAN ATAU UNTUK DIFAHAMI





Siapakah yang betul-betul faham tentang papan tanda ini? Berapa orangkah yang benar-benar mengerti tentang klinik-klinik yang dimaksudkan oleh papan tanda tersebut?

Inilah masalahnya jika pihak kerajaan sendiri berlembut dan mengamalkan istilah-istilah Inggeris dalaam urusan harian. inilah yang terjadi jika istilah Melayu walaupun ada tetapai tetap dipinggirkan dan diabaikan.

Papan tanda ini diletakkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Ia diletakkan untuk memudahkan para pengunjung yang terdiri dari orang-orang kampung untuk mendapat rawatan di klinik-klinik berkenaan, tetapi berapa orangkah yang faham istilah yang digunakan? Nama-nama yang digunakan terlalu asing dan hendak menyebutnya juga amat susah. Yang menjadi persoalan, adakah sudah tidak ada perkataan Melayu yang boleh digunakan supaya orang Malaysia sendiri faham?

Apa yang dimaksudkan dengan OTORINOLARINGOLOGI? Apa pula maksud MAKSILOFASIAL? Orang mungkin faham tentang Klinik Psikiatri tetapi apa pula maksud dengan nama KLINIK DERMATOLOGI dan KLINIK RESPIRATORI serta OFTAMOLOGI?

Alangkah baiknya jika perkataan atau istilah Melayu digunakan. Orang membacanya pun mudah semudah memahaminya juga.

Inilah Malaysia tanahairku. Malaysia bukan tempatnya untuk bahasa Melayu!

Wednesday, October 13, 2010

MARI KITA TENGOK SIAPA YANG KENA.....

Aku mulai dengan Bismillah!

"Mari kita tengok siapa yang kena!".

Itu dialog biasa Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk. Tapi dialog tersebut tersemat baik di hati sejak akhir-akhir ini memandangkan ada benarnya filem P. Ramlee ini. Kalau kita masih ingat, atau tidak lupa, setiap kali Ibrahim Pendek melemparkan dadu, dialog itulah yang terpacul dari mulutnya. Dan hasilnya nombor dua juga yang tertera di dadu tersebut. Rupanya semua permukaan dadu tersebut ditanda dengan titik dua. Lempar macam manapun, dua juga yuang timbul.

Sesuai dengan dadu tersebut, nasib orang Melayu telah menjadi seperti lemparan dadu watak penyamun dalam filem itu. Asyik-asyik Melayu sahaja yang kena. Buatlah apapu, Melayu juga yang terkena. Kalau lain dari Melayu, asyik lepas sahaja.

Melayu bercakap tentang Melayu, dikatakan rasis. Melayu tegur bangsa lain sikit untuk kebaikan, dianggap rasis. Cikgu Siti Inshah telah dituduh begitu sehingga Lim Kit Siang bawa isu itu ke parlimen. Cikgu Engku Nan bercakap sedikit di SMK Bukit Selambau, menjadi isu besar sehingga KDN buka kertas siasatan.

Melayu tubuhkan NGO untuk memperjuangkan hak Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan, di anggap pertubuhan yang rasis. Di masa yang sama kaum Cina mempunyai NGO mewakili kaumnya tidak pula dianggap rasis. Hindraf yang telah diharamkan dan dianggap sebagai pertubuhan haram masih lagi 'diiktiraf' secara tidak sedar. Malah selalu disebut-sebut persis mahu mempopulerkannya semula.

Namewee yang 'kurang ajar' itu masih lagi bebas dibiar berkarya secara kurang ajar. Tiada satupun tindakan terhadapnya malah tiada siapapun pemimpin Cina yang 'mengutuknya'. Chua Soi Lek semenjak membersihkan diri dari skandal sex sudah meminta dan menekan kerajaan dengan berbagai permintaaan dan syarat tidak pula dikenakan apa-apa tindakan.

Tapi bila Melayu yang berbuat demikian, tegur sedikit sahaja terus ambil tindakan. Itulah yang terjadi kepada beberapa penulis blog Melayu padahal di masa yang sama penulis-penulis blog bukan Melayu bebas bersuara malah sehingga mencerca Allah sekalipun dibiarkan lepas begitu sahaja.

Kaum Cina sekarang tidak lagi boleh dipanggil pendatang walaupun mereka sebenarnya 'dibawa datang' oleh Inggeris sebelum merdeka dahulu. Biarpun mereka tidak mahu dan tidak berupaya bercakap bahasa Melayu sesudah 53 tahun merdeka, mereka hendaklah dianggap sebagai rakyat yang setia.

Rakyat Melayu sahaja yang tidak setia kerana memanggil mereka sebagai 'pendatang'. Melayu yang sentiasa menjunjung perlembagaan ini dikategorikan sebagai rasis manakala bangsa lain yang mempertikaikan perlembagaan tidak rasis malah menjadi rakyat yang setia.

Betullah 'dadu' yang dipegang oleh KDN dan mana-mana pihak berwajib ini semuanya sama macam dadu yang dipegang Ibrahim Pendek dalam filem P. Ramlee itu. Semuanya tertulis 'Melayu' di permukaannya. Tidak ada tulisan lain selain huruf 'MIM'.

Monday, October 11, 2010

MELAYU KALAH LAGI

Aku mulai dengan bismillah!
Aku ikuti dengan ketawa panjang dan terdiam seketika.

Apa sudah jadi dengan Melayu? Melayu telah kalah entah di pusingan yang ke berapa. Melayu belum pernah menang walaupun di rumahnya sendiri. Melayu sering tewas dan asyik 'kena' sahaja. Melayun belum pernah 'mengena'.

Hari ini Melayu kalah lagi, Melayu layu lagi. Dan orang yang melayukan Melayau adalah orang Melayu juga. Manusia Melayu juga yang 'melayukan' bangsa Melayu. Perdana Menteri kita sendiri yang baru berapa hari mendapat pengiktirafan antarbangsa sebagai pemimpin begara Islam dan pemimpin Melayu yang diharap menjadi 'ketua' negara-negara Asean melacurkan Melayu menjadi sebauh bangsa yang menerima kaum Cina sebagai bukan 'pendatang' malah sebagai rakyat yang setia.

Desakan yang terlalu kuat dari parti-parti dan pertubuhan Cina membuatkan Najib tidak tidur lena lalu terus mengubah sejarah negara dengan membuang status pendatang yang melekat di entiti kaum Cina. Di masa yang sama semua desakan Melayu dianggap 'rasis'.

Mulai sekarang, buku-buku sejarah Tanah Melayu dan sebarang artikel dalam perlembagaan yang berkaitan dengan kaum Cina perlu ditulis semula. Namun hasrat mengubah perkara-perkara dalamperlembagaan ini mesti ditangguhkan dahulu sementara menanti pengumuman status kaum India, Indonesia, Myanmar dan juga Bangladesh.

Barangkali tidak lama lagi para pendatang yang mencari rezeki di negara ini tidak boleh lagi dianggap pendatang, tetapi sampai ketikanya akan diiktiraf sebagai rakyat yang 'setia' walaupun apa sahaja onar yang dilakukan.

Begitulah Malaysia yang dibawa oleh Najib Razak dengan slogan 'Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Sunday, October 3, 2010

TUN MAHATHIR YANG AKU KENAL



Apabila Tun Mahathir diberitakan telah dimasukkan ke hospital di Australia, berbagai reaksi dan komen dari beberapa Melayu yang boleh dianggap sebagai biadap dan tidak tahu bersyukur. Kalau tidak mahu mendoakan kesejahteraan Mahathir sekalipun, memadailah bersyukur terhadap kesihatan diri sendiri yang diberi Allah. Atau sekurang-kurangnya berpeganglah kepada takdir Ilahi.

Ada Melayu yang begitu sinis mendoakan dan mengajak orang lain bersama-sama berdoa agar Mahathir cepat mati. Ada pula yang begitu biadap menyebut kata-kata yang tidak enak sama sekalai iaitu 'Kecik-kecik tak nak mampus, bila besar menyusahkan Islam'. Apakah selama ini Mahathir menyusahkan Islam? Yang aku tahu ada orang lain berstatus ulama yang menyusahkan Islam sekarang ini dengan berbagai fatwa yang dikeluarkanaya.

Kenyataan bahawa Mahathir 'tersungkur' di Melbourne oleh Azmin Ali adalah satu kenyataan bongkak seolah-olah orang ini terlalu ampuh dan tidak pernah sakit. Inilah orang yang tidak tahu bersyukur apabila ia sihat dan gembira melihat orang lain tidak sihat.

Setakat yang aku ingat, Mahathir bukan manusia jenis itu.

Suatu hari selepas menunaikan solat, aku singgah di sebuah kedai makan berhampiran Masjid Al-Haram di kota Mekah. Oleh sebab kari dan roti yang disediakan lebih dari keperluan, aku mempelawa suatu keluarga dari Pakistan makan bersama. Dalam perbualan singkat kami, sebaik sahaja menyebut dari 'Malaysia', jemaah Pakistan tersebut terus bertanyakan Mahathir.

Rupanya Mahathir amat dikenali dan sinonim dengan Malaysia di ingatan orang luar. Dan orang pakistan tersebut menyatakan rasa kesalnya kerana rakyat Malaysia 'membuang' orang seperti Mahathir. Puas aku menerangkan bahawa Mahathir bukan dibuang tetapi meletakkan jawatan.

Itulah Mahathir di mata masyarakat dunia.

Dan aku sendiri mempunyai cerita tersendiri dengan manusia bernama Mahathir ini. Ketika masih menjadi pengamal perubatan di Klinik MAHA Alor Setar kira-kira 55 tahun yang lalu. Ketika itu Mahathir amat berdedikasi merawat pesakit-pesakitnya malah beliau tidak keberatan pergi ke rumah pesakit jika ada pesakit yang bermasalah tidak dapat datang ke klinik.

Aku amat tidak dapat lupakan jasa Mahathir ketika merawat aku yang menghidapi Malaria yang ketika berusia 3 tahun. Hampir setiap 2 hari Mahathir datang ke kampung memberi rawatan sehingga aku berdaya berjalan dan pergi ke kilinik beliau bersama keluarga. Dan kekerapan beliau datang memasuki kampung kami membuatkan aku 'dekat' dengan Mahathir. Begitulah Mahathir dengan siapa sahaja pesakitnya.

Dan sekarang bila usia aku hampir mencecah 60, mendengar Mahathir dihina dan dicerca membuatkan perasaan datang berbagai-bagai. Ada rasa kesal dan ada rasa marah. Heran dengan sikap manusia Melayu yang semakin tidak beretika dan tidak mahu bersyukur. Bukan mahu bersyukur kerana dirinya masih sihat, tetapi meminta Mahathir cepat mati.

Kenapa ada orang yang begitu berdendam sehingga sanggup melancarkan kempen mengajak berdoa ramai-ramai agar Mahathir cepat mati. Selepas melancarkan doa 'pecah perut' terhadap PM satu masa dahulu, kini doa untuk Mahathir mati cepat pula. Alangkah kurang ajarnya Melayu ini. Ada pula Melayu yang menyindir bahawa asap api neraka telah siap menanti kedatangan jasad Mahathir.

Sepatutnya bila terhadap Lim Guan Eng yang bukan Islam ada Melayu yang sanggup mendoakan kesejahteraannya, apa salahnya mendoakan kesejahteraan Mahathir pula yang juga Islam seperti kita? Inilah Melayu tidak sedar diri dan bongkak. inilah Melayu yang bodoh sombong yakni 'bodoh tidak boleh diajar dan cerdik tidak boleh ditumpang'.

Hari ini (setakat penulisan ini) Mahathir dalam keadaan stabil dan semakin baik. Nampaknya doa manusia-manusia Melayu ini belum dimakbulkan Tuhan. Alhamdulillah!



Saturday, October 2, 2010

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Hari ini Stadium Indera Mulia Ipoh akan menjadi saksi betapa hipokritnya para pemimpin Melayu di negaraku yang tercinta ini. Hari ini bakal menyaksikan pemimpin Melayu sekali lagi melancarkan apa yang dipanggil 'Bulan Bahasa Kebangsaan' di tempat tersebut. Sama seperti saban tahun BBK dilancarkan pada awal OKTOBER dan esoknya perkara penting Bab 152 Perlembagaan Negara itu dipermainkan.

Orang yang melancarkannya sendiri tidak merealisasikannya.

Seperti tahun lalu juga, selepas melancarkan di Kuching, Sarawak pada paginya, malam itu juga orang yang melancarkannya sendiri berucap dengan bahasa Inggeris dalam satu majlis biasa yang lain. BBK hanyalah menjadi mainan politik dan afgenda tahunan yang harus dilaksanakan pelancarannya supaya orang nampak kita serius tetapi hakikatnya tidak seserius manapun.

Kalau betullah kita serius dalam merealisasikan perkara 152 ini, kita sudah sepatutnya berjaya melakukannya sesudah 53 tahun merdeka. Ternyata kita, para pemimpin Melayu, para penggiat bahasa dan para cendekiawan Melayu tidak pernah serius. Hari ini kita berpakat berikrar dan esoknya masing-masing bawa hal seperti selalu, masih 'malu' dan tidak suka berbahasa Melayu.

Apa komitmen pihak-pihak yang terlibat dengan pelancaran BBK itu selepas pelancarannya tahun lalu? Hanya baru-baru ini Perdana menteri yang juga menteri Kewangan mahu menggunakan semula istilah 'BELANJAWAN' menggantikan 'BAJET' sehingga dipuji oleh Persatuan linguistik Malaysia. Itu sahaja yang nampak setakat ini. Selebihnya berbalik seperti asal.

Para pemimpin seharusnya usah terlalu ghairah mahu menunjuk-nunjuk bahawa dia mahir berbahasa Inggeris, sebaliknya berusaha menggunakan bahasa Melayu dalam acara-acara rasmi negara. Jangan lagi apabila mengadakan acara minum petang bersama rakan facebook yang semuanya rakyat Malaysia pun masih hendak berbahasa Inggeris. Jangan lagi hendak mengumumkan dividen ASB juga dengan bahasa Inggeris.

Tokoh-tokoh Melayu dalam bidang koporat juga patut memberi kerjasama demi memartabatkan bahasa Melayu dengan tidak mengunakan bahasa Inggeris pada setiap kali melancsarkan atau memperkenalkan jenama masing-masing.

Dan media terutama TV juga boleh membantu dengan hanya menyiarkan temubual-temubual dengan rakyat malaysia yang berbahasa Melayu sahaja.

Dengan bantuan semua pihak barulah perkara 152 ini dapat direalisasikan.

Kepada Muhyiddin Yassin, selamat melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010.

Saturday, September 25, 2010

PARTI ANAK BERANAK

Jika betul dan tepat ramalan ramai, Wan Azizah kelak akan kekal sebagai Presiden, Azmin akan dipilih menduduki kerusi nombor dua manakala Anwar kekal sebagai Ketua Umum PKR. Kemudian puteri Anwar dan Wan azizah pula akan menduduki salah satu kerusi Naib Presiden. Anwar tak mungkin menjadi Presiden kerana ternyata Ketua Umum lebih berkuasa daripada Presiden.

Maka jadilah PKR sebuah parti Anak Beranak dan parti Kaum Keluarga. Betullah sepewrti jangkaan ramai termasuk apa yang difokuskan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Menurut Muhyiddin, rakyat perlu ambil iktibar dengan melihat apa yang berlaku.

Tetapi apa yang hendak diambil sebagai iktibar itu? Bab anak beranak menerajui parti tidak payah hendak dihairankan. Parti mana pun sama juga. Aapa boleh buat. Bakat anak-anak adalah diwarisi dari ibu bapa. Kalau bapa atau ibu atau kedua-duanya sekali orang politik, setidak-tidaknya tempais juga kepada mana-mana anak. Dalam Umno pun serupa. MCA juga sama dan MIC juga tidak terkecuali. Muhyiddin jangan hendak menyidir PKR. Rumahtangga Umno juga serupa.

Dalam parti manapun sama sahaja. DAP ada Lim Kit Siang bersama anak dan menantunya menjadi orang penting dalam parti itu. Ada juga Karpal Singh dengan anak-anaknya yang menunjangi DAP. Apa nak dihairankan?

Kalau tidak kerana Tun Razak, siapa yang kenal Najib? Orang melantik Najib menggantikan Tun Razak. Sesudah diletak sebagai calon menggantikan bapanya, barulah orang kenal Najib. Begitu juga Mukrij. Saja-saja orang nak pilih Mukrij kalau tidak ada nama Tun Mahathir dan Dr Siti Asmah di hujung namanya? Sebelum ini orang tak kenal pun siapa dia. Isa Samad hendak dipilih orang jika dia bukan anak Samad Idris?

Dahulu orang memilih Tajul Rosli kerana ada nama Ghazali Jawi. Mujahid Yusuf orang kenal? Orang tidak akan peduli jika tidak dibubuh nama 'Rawa' di hujung namanya. Begitu juga Nik Abduh. Kalau tidak ada nama Nik Aziz di hujung namanya, orang tidak tahu siapa Nik Abduh.

Cuba lihat siapa yang gantikan Chua Soi Lek di kawasan parlimen yang disandangnya dulu, bukankah anaknya sendiri? Siapa Vel Paari? Kalau tidak ada nama Samy Vellu, siapapun tidak akan melantik Vel Paari jadi pemimpin.

Bill Clinton pun menonjolkan isterinya Hillary dalam politik. Siapa hendak memilih Hillary jika bukan kerana ia isteri Clinton? Lihat saja Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Kalau bukan kerana dia menantu Pak Lah tak akan dia berada di kedudukannya sekarang.

Apa hendak dihairankan? Cuma lambat atau cepat seseorang tokoh generasi kedua akan menunjangi parti. Semua parti adalah parti anak beranak dan kaum keluarga. Banyak contoh-contoh seperti ini. Tak payah nak diambil iktibar apa-apa. Sama sahaja.

Usah kata kepada PKR sahaja. Semua parti serupa. Semua parti adalah parti anak beranak dan saudara mara cuma Khalid Samad dengan Shahril Samad sahaja berlainan parti.

Wednesday, September 22, 2010

KALAULAH YANG BERKATA ITU BUKAN NIK AZIZ....

Saya petik kata-kata Nik Aziz seperti yang dilaporkan:

“Bagi saya, kalau saya dijemput ceramah, saya bukan dengan nama Melayu, dengan nama Islam. Cuma kebetulan saya ini nama Melayu. Saya tidak berbangga bangsa Melayu. Bangsa itu datang secara automatik.”

Kalaulah kata-kata itu keluar dari mulut orang lain selain Nik Aziz, dari mulut Tun Mahathir umpamanya atau keluar dari mulut DS Najib umpamanya ataupun dari tokoh-tokoh UMNO lain,umpamanya, agakanya apakah reaksi masyarakat umum? Yang pasti samada Tun Mahathir atau DS Najib pasti diseranah dan dicerca dengan berbagai bahasa yang memang tidak enak didengar.

Sudah pasati tokoh-tokoh ini dicaci dan diberi gelaran yang bermacam-macam selama beberapa bulan atau bertahun-tahun. Dalam akhbar mereka dan juga media mereka yang lain sentiasa penuh dengan sumpah seranah. Gelaran ‘nyanyuk’ sudah pasti dilabel kepada Tun Mahathir.

Tapi kata-kata itu keluar dari mulut Tuan Guru Nik Aziz. Hitam katanya, hitamlah jadinya, putih katanya, putihlah jadinya. Kita usah terkejut jika selepas ini akan muncul tokoh-tokoh Melayu PAS atau PKR yang lain turut membuat kenyataan yang sama ataupun ‘mengiakan’ apa yang telah diucapkan Mursyuidul Am mereka itu.

Akhirnya isu itu senyap begitu sahaja. Tiada komen dari mana-mana tokoh pembangkang sama ada dari PAS sendiri, DAP ataupun dari PKR. Yang kedengaranpun hanyalah beberapa pandangan orang perseorangan dan akademik hatta dari kelompok UMNO sekalipun hanyalah dalam kalangan pemimpin bawahan.

Malah selepas ini akan timbul dalil dan nas yang menyokong hujah tersebut sebagai benteng untuk menangkis segala kritikan dari bangsa Melayu lain selain dari kelompok mereka tadi. Akan adalah firman dan hadis yang akan diguna-pakai sebagai landasan mengiakan hujah Nik Aziz itu.

Lepas satu hal, timbul hal yang lain pula. Dahulu bila Nik Aziz kata Tuhan mencarut, ada pula pengikut-pengikutnya mengeluarkan dalail-dalil dan nas yang mempertahankan Nik Aziz. Bila Nik Aziz kata dengan syaitan pun beliau sanggup berkawan untuk mencapai cita-cita politiknya, ada pula pengikutnya yang mempertahankannya.

Begitulah Nik Aziz yang dilihat semakin galak menimbulkan isu akhir-akhir ini. Kita harapkan di penghujung usia ini akan digunakan segala ilmu dan pengetahuannya untuk kebaikan menyatukan ummah tetapi sebaliknya pula jadinya. Ada saja yang keluar dari mulut Nik Aziz yang bakal menimbulkan porak peranda dan memecah-belahkan masyarakat Melayu.

Sebab itu beliau awal-awal lagi mengaku tidak berbangga sebagai Melayu.

Monday, September 20, 2010

KATANYA LAWATAN KERJA

1. Tengok dalam TV bukan main seronok lagi Rosmah bersalam dengan orang ramai masa nak bertolak ke Singapura tak kira siapa. Asal hulur tangan saja, sambut dan salam. Senyum sampai ke telinga. Nak iringi suami untuk program Lawatan Sambil Kerja bukan Lawatan Kerja.

2. DS Najib pun senyum saja. seronoklah boleh bawa bini. Boleh bawa bini masa lawatan kerja? Entahlah. Kalau pegawai kerajaan dan pegawai yang lain jangan haraplah nak boleh bawa bini. Minta maaflah. Kalau nak bawa juga, belanja sendiri dan pergi asing-asing.

3. Ini Lawatan Kerja, hanya untuk kerja. Mana boleh bawa bini. Nanti di Singapura, adalah agenda lawatan bini pula ke mana-mana tempat, kemudian buat kenyataan persis menteri untuk dilaksanakan di negara ini. Belanja pula macam mana? Bini tentulah belanja sendiri. Tentu tidak boleh gunakan wang kerajaan.

4. Tapi Najib boleh selagi ada Rosmah. Itulah NKRA!

Friday, September 17, 2010

BELANJAWAN GANTI BAJET

1. Bila bercakap hal-hal berkaitan bahasa Melayu, kadang-kadang terasa seperti dipermainkan pihak-pihak tertentu. Kadang-kadang pula terasa seperti kita orang-orang Melayu ini terlalu bodoh sehingga menerima apa sahaja orang kata tentang bahasa Melayu.

2. Yang terbaru, semalam Persatuan Linguistik Malaysia menulis melalui Timbalan Presidennya En. Kamal Shukri Abdullah Sani dalam satu ruangan akhbar Berita Harian bahawa persatuan tersebut mengucapkan tahniah kepada DS Najib kerana menggunakan semula istilah 'Belanjawan' menggantikan perkataan 'Bajet'. Menurut beliau, 'bajet' amat menyalahiprosedur pembentukan kata dan istilah dalam bahasa.

3. Seterusnya PLM memuji langkah DS najib itu bersesuaian dengan konsep Kepimpinan Melalui Teladan. dan beliau berharap langkah ini bakal diikuti para pemimpin yang lain.

4. Bukanlah hendak menyindir sesiapa tetapi apa yang disuarakan PLM ini memang betul dan sangat baik tetapi silap waktunya dan dirasakan mempunyai agenda yang lain dengan memuji langkah DS Najib itu. Kalau mereka betul-betul memperjuangkan bahasa Melayu mengapa baru sekarang bersuara mengenainya dan membiarkan Kementerian Kewangan memakai istilah 'Bajet' itu bertahun-tahun tanpa protes langsung?

5. Soalnya kenapa tidak dihalang dan diprotes dari awal dahulu? Dan kalau diamati, bukan istilah itu sahaja yang perlu diperjuangkan. Banyak lagi istilah-istilah sebegitu digunakan kerajaan dan juga jabatan-jabatan kerajaan. Lihat sahaja nama-nama pangkat dalam Jabatan polis di bawah KDN, apa istilah yang digunakan?

6. Lagipun kalau setakat satu perkataan DS Najib 'melayukan' sudah begitu gembira, apahal pula pada hari yang sama DS Najib tidak menggunakan bahasa Melayu dalam ucapan rasminya sewaktu ucaptama satu majlis di ibu negara? Cuba ingat kembali bahasa apakah yang DS Najib gunakan semasa melayan rakan 'Facebooknya' dalam satu majlis minum petang di ibu negara?

7. Tak usahlah gembira sangat jika hanya satu istilah yang dibetulkan sedang beribu lagi masih tidak berubah. DS Najib sendiri tidak yakin dengan kemampuan bahasa Melayu.

Wednesday, September 15, 2010

RASUAH ATAU TIDAK BUAT KERJA?






1. Foto-foto di atas dirakamkan di sebatang jalanraya yang menghubungkan pekan Guar Chempedak dan pekan Yan di kawasan Parlimen Jerai dan lebih khusus di dalam kawasan Dewan Undangan Guar Chempedak.

2. Sekali pandang tidak ada apa yang pelik terdapat dalam foto-foto ini selain menggambarkan gerai-gerai dan orang berurusniaga. Tetapi jika diamati betul-betul, gerai-gerai tersebut terletak betul-betul di atas jalanraya dan menghalang terus ruang pejalan kaki dan lorong kecemasan jalanraya tersebut.

3. Dan yang lebih menghairankan, keadaan begini telah berlarutan selama lebih kurang 4 tahun yang lalu hinggalah sekarang. Tidak ada mana-mana pihak yang mengambil inisiatif untuk mengubah atau menasihatkan pemilik-pemilik gerai tersebut mengubah atau undur ke belakang sedikit supaya tidak mengganggu jalanraya yang menjadi jalan utama di daerah ini.

4. Keadaan menjadi bertambah buruk pada waktu petang terutama pada hari-hari tertentu sehingga mengambil masa yang lama untuk melepasi kawasan yang hanya kira-kira 50 meter sahaja. Hal ini diburukkan lagi dengan sikap sebahagian pemandu yang mengambil mudah meletak kenderaan di hadapan gerai tersebut.

5. Majlis Daerah Yan sudah diadukan. Jasa baik wakil-wakil rakyat sudah diminta agar membantu menyelesaikan masalah ini tetapi kata Ustaz Firdaus itu bukan kerja dia, sehingga berlalu selama 4 tahun keadaan tidak juga berubah malah gerai semakin indah dan cantik terletak menutup jalan.

6. Timbul beberapa soalan kepada pihak-pihak yang berkaitan.

6.1. Berapa jumlah wang yang telah disogokkan kepada Majlis Daerah Yan khasnya para penguatkuasa mereka sehingga membiarkan keadaan yang menyulitkan pengguna jalanraya selama 4 tahun?

6.2. Adakah wakil rakyat Ustaz Firdaus dari PAS dan Datuk Ku Rahman dari UMNO tidak boleh menyuarakan hasrat rakyat yang ramai kerana menjaga hati 10 peniaga di gerai-gerai tersebut?

6.3. Adakah pihak polis tidak ada kuasa langsung menghalang kenderaan yang berhenti sesuka hati di hadapan gerai-gerai itu sehingga mengganggu jalanraya?

6.4. Samseng sangatkah para peniaga tersebut sehingga semua pihak berkenaan takut mengambil tindakan?

7. Kepada majlis Daerah Yan, tolonglah.

Tuesday, September 14, 2010

MP BODOH DAN SOMBONG

Dalam ramai-ramai MP di Malaysia ini, ada juga MP yang bodoh dan sombong. Dalam apa saja isu yang menjadi topik hangat pada masa ini, tindakan beberapa orang tokoh politik jelas memperlihatkan kebodohan masing-masing.

Contoh yang terbaru adalah Datuk Mahfuz Omar. Sudahlah membuat kenyataan bodoh dan sensasi kononnya, kemudian selepas ini jangan harap akan meminta maaf kepada pihak-pihak yang ditohmahkannya.

Begitu sombong orang ini.

Selepas membela pesalah trafik untuk memberi keadilan kononnya (bagaimana pula keadilankepada orang yang taat membayar saman?), kini mengaitkan pula kematian trajis Datuk Sosilawati dengan mendiang Altantuya. Bukanakah pelik tuduhan kepada pihak polis kononnya lambat bertindak terhadap 4 kes sebelum ini yang melibatkan suspek yang sama.

GEMBIRAKAN BUKAN MELAYU

Hendakkan undi bukan Melayu, hendak ambil hati bukan Melayu, hinggakan hendak buat apapun, kena difikirkan supaya kaum-kaum bukan Melayu ini seronok dan sukahati. Buatlah apapun, kaum Bukan Melayu mesti mendapat keistimewaan dari segenap segi. Biar Cina suka, biar India gembira.

Kerana itulah akhir-akhir ini terutama selepas PRU12 yang lalu, kaum-kaum bukan Melayu ini semakin berani mempertikaikan beberapa perkara yang menjadi hak orang Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan. Kaum bukan Melayu ini mewnyentuh berbagai perkara yang berkaitan dengan bangsa Melayu yang ada antaranya terlalu sensitif.

Mereka berani kerana tindakan tidak dikenakan kepada mereka. Mereka buatlah apapun, mereka katalah apapun, pasti terlepas dari sebarang tindakan yang boleh menggugat mereka. Kalau kena pun, hanyalah setakat datang memeri penjelasan, lepas itu diam begitu sahaja selepas mereka menyatakan pendirian dan meminta maaf lebih kurang.

Namewee bebas begitu sahaja. Senyap hingga sekarang dan hasil siasatannya? Entah sudah jadi apa. Cubalah Namewee itu 'Nawawi', mungkin sekarang sudah berada dalam tahanan untuk beberapa ketika.

Apapun, buatlah bagi kaum bukan Melayu ini gembira, barulah kerajaan kekal lama. Orang Melayu tidak mengapa kerana masih penuh dengan sopan santun!

Thursday, September 9, 2010

TUDUNG: TAKKAN SETAKAT LETAK SAHAJA?




Foto ini sebenarnya dipetik dari sebuah akhbar yang memaparkannya sebagai highlight kepada satu majlis Khatam al-Quran di Putrajaya dua hari lepas yang turut disertai oleh beberapa orang individu lain yang terdiri dari para isteri menteri dan pegawai-pegawai kerajaan.

Langkah ini amat baik sebagai pengisian bulan Ramadan yang semakin hampir ke penghujungnya dan majlis tersebut kemuncak penghayatan Ramadan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Sengaja tidak mahu difokuskan kepada wajah lain bersebelahan Datin Seri Rosmah di kiri dan kanan kerana terlalu ketara perbezaannya antara mereka. Tak payahlah hendak diulaskan tentang perkara yang berbeza itu.

Saya cadangkan kalau setakat hendak diletakkan atas kepala macam tu, lebih baik usah dipakai tudung itu. Nampak lekeh dan semacam tidak tahu memakai tudung. Atau nampak macam kali pertama memakainya. Kita hendak membaca al-Quran. bukan nak sembang-sembang. Pakailah tudung itu baik-baik, tutup seluruh atas kepala dan rambut.

Rasanya Angelina Jolie yang melawat mangsa banjir di Pakistan nampak lebih bersopan dengan tudung yang dipakainya.

Wednesday, September 8, 2010

POLITIK DAUN KARI

Baik dalam Umno, baik dalam MIC, baik dalam MCA, Politik Daun Kari sememangnya wujud. Namakanlah parti manapun, namakanlah institusi manapun, cerita daun kari ini pasti timbul. Dan fenomena 'Daun Kari' ini kini telah menular kepada PKR apabila merujuk nasib yang melanda Datuk Zaid Ibrahim.

Semua orang tahu daun kari terutama para suri rumah dan para tukang masak khasnya di kedai-kedai nasi kandar. Setiap kali hendak memasak gulai atau kari, daun ini mesti ada. Kalau tiada daun ini, masakan jadi tidak sedap. Tidak ada bau apabila menumis rempah. Akhirnya gulai itu tidak menjadi.

Bagi suri rumah pula, jika tiada daun kari semasa memasak gulai, pasti tergendala agenda masakan mereka. harus tidak jadi memasak gulai hari itu jika tiada daun kari. Boleh bergaduh laki-bini kerana daun kari ini. Betapa pentingnya daun kari.

Tetapi apabila gulai telah masak, daun kari itu tidak dimakan pun. Malah tidak disentuh langsung. Kadang-kadang diambil dan dibuang begitu sahaja. Demikianlah nasib daun kari walaupun ia banyak khasiat. Ia hanya berguna semasa memasak sahaja, lepas itu dibuang atau diletak ke tepi.

Begitulah dalam politik. Semasa merajuk dengan Umno dan menyertai PKR, bukan main lagi Datuk Zaid disanjung dan dipuja. Malah ia diibaratkan sesuatu yang melengkapkan PKR kerana pengalamannya di dalam Umno dan juga kabinet. Maklumlah beliau bekas menteri. Samalah diibaratkan seperti daun kari, hanya menjadi pelengkap memasak kari.

Sampai satu ketika dia dijadikan calon pilihanraya dan akhirnya tewas jua.

Sekarang apa jadi? Samalah macam Tun Ghafar Baba, hanya layak sebagai daun kari sahaja. Nak tunggu tengok nasib Chua Jui Meng pula lepas ini.

Monday, September 6, 2010

APAPUN, HENTAM DULU

Di negara ini semua boleh berlaku, semua boleh dibuat. Malah siapapun boleh melakukan sesuka hati. Ada undang-undang dan peraturan seperti tidak bermakna. Wujudlah apa akta sekalipun, pelaksanaan dan penguatkuasaannya belum pasti akur dengan apa yang disepakatkan di dewan perudangan.

Buatlah apapun, pihak berwajib tidak kisah. Menteri yang bertanggungjawab tidak peduli. Sama sekali tidak peduli. Pihak berwajib tidak galak bertindak. Akta Kesalamatan Dalam Negeri seolah-olah tidak bergigi lagi.

Semuanya kerana politik mencari undi dan seberapa banyak undi!

Hendak memandu melebihi had laju, silakan. Siapa peduli? Kena saman, ada badan yang membela agar diberi pelepasan. Pesalah trafik tidak payah bimbang. KASE ada memberi pertolongan dengan 'memorandum' membatalkan saman. Datuk Mahfuz Omar sudah berjanji akan berjuang untuk tujuan itu

Hendak buat video apa bentuk sekalipun, silakan. Menteri Dalam Negeri dan KDN hanya panggil beri keterangan kemudian dilepaskan. Tidak kira sensitif atau tidak. Tidak kira menyentuh perasaan sesiapa, buat saja kemudian beri alasan dan minta maaf, pasti boleh balik dan buat video lagi. Anda buatlah video tetapi letakkan nama samaran bukan Melayu, pasti tidak apa.

Hendak komen dalam FB atau mana-mana laman Sosial? Silakan. Anda boleh berbuat apa sahaja di Malaysia. Habis keraspun, Hishamudin akan beri 'Amaran Keras', kemudian anda boleh buat lagi.

Hendak memfitnah? Silakan! Siapa peduli. Nanti ada fatwa dari alim ulama disokong dengan nas dan hadis mengatakan semua boleh dan tidak menyalahi hukum. Atau kemudian tidak payah minta maaf atau apa-apa, teruskan membuat tohmah.

Tian Chua yang pernah mengaku memfitnah Najib mengenai pengedaran foto rekaan semasa isu Altantuya dahulu ditutup begitu sahaja kerana Tian Chua bukan Melayu. Cubalah yang buat itu Tuan Man atau Salleh, sudah pasti ke mahkamah atau telah diISAkan.

Teresa Kok memfitnah polis dulu apa jadi? Tidak payah minta maaf pun. Kerajaan pula yang tidak tentu hala terpaksa pergi ke China memohon maaf. Itupun dikira lepas sebab mereka bukan Melayu. Chua Choi Lek menyentuh Hak Keistimewaan Melayu pun dikira munasabah. Tiada tindakan dan tidak payah minta maaf pun sebab mereka bukan Melayu.

Kalau anda Melayu, jadi macam Hassan Skodeng!

Membuang Yang Dipertuan Agung dan menggantikan dengan Lim Guan Eng pun tidak mengapa. Tidak salah mendoakan pemimpin. Tanapa ada rasa bersalah dan mahupun permohonan maaf, disusuli pula dengan nas dan hadis bahawa itu tidak mengapa, tidak menyalahi hukum. Akhirnya lepas bagitu sahaja.

Hendak buat iklan pun tidak perlu fikirkan sensitiviti kaum dan agama. Hentam saja. TV3 tidak perlu minta maaf. Buatlah iklan menyerupai Santa Claus atau apa-apa pun, Menteri Penerangan tidak kisah.

Yang penting, HENTAM DULU.

Yang perlu minta maaf hanyalah jika kita Melayu!

Tuesday, August 31, 2010

MALU SEORANG MELAYU



Malunya jadi Melayu
asal sebuah bangsa yang cerdik
tetapi amat mudah orang menipu
dari sebuah bangsa yang agung
sudah berubah jadi bodoh sombong
mudah pula dicucuk hidung.

Malunya jadi Melayu
ada bahasa sendiri
tetapi selalu hanya diletak ke tepi,
kononnya ia bahasa kebangsaan
langsung ia tidak dimartabatkan,
tertulis dalam perlembagaan
bahasa asing juga yang jadi pilihan.

Malunya jadi Melayu
jika setakat menang sorak
hakikatnya kampung sendiri tergadai
setakat kokok berderai-derai
ekor tetap juga bergelumang tahi.

Malunya jadi Melayu
sebuah bangsa merempat di rumah sendiri
Raja sudah tidak berkuasa lagi
Islam di letak di bawah kaki,
angkara Melayu sendiri
orang lain memegang kunci ekonomi
Melayu hanya layak jadi kuli.

Malunya jadi Melayu
sama-sama mengaku Islam
sama sendiri juga berkelahi
sama sendiri juga caci mencaci
tetapi dengan orang lain
intim mengalahkan bini
mulia mengalahkan Nabi.

Malulah jadi Melayu!

Monday, August 30, 2010

PESAN DATUK NENEK KITA

Orang tua-tua dan datuk nenek kita pernah berkata:

"Kerja terburu-buru tidak akan menjadi seperti yang kita mahu, kalau hendak cepat kita akan tersesat."

Aku masih ingat dan terus berpegang kepada nasihat orang tua-tua kita itu dalam berbuat sesuatu perkara kerana apa yang diucapkan itu adalah melalui pengalaman dan pemerhatian mereka sekian lama.

Ternyata ada kebenarannya dari pesanan datuk nenek kita itu. Lihatlah negara kita sekarang sesudah 53 tahun diisytiharkan merdeka, kita belum merdeka dari bermacam-maam masalah akibat terlalu hendak cepat merdeka dahulu. Oleh terlampau teruja hendak mengecapi kemerdekaan, kita terburu-buru mendesak penjajah melepaskan kita dari belengu penjajahan.

Ketika mendesak penjajah melepaskan kita, kita terima sahaja apa syarat yang dikenakan tanpa pemikiran pragmatis. Asalkan merdeka, sudah mencukupi dan kita terima segala 'onar' dan 'kekotoran' yang ditinggalkan penjajah. Kita menerima segala jenis manusia yang dahulu dibawa Inggeris untuk aktiviti perlombongan bijih dan perladangan getah mereka.

Apabila kita terlalu cepat hendak merdeka, belum sempat Inggeris menyelesaikan masalah pekerja kombong dan ladang ini, kitalah yang mesti menanggungnya dengan perlembagaan yang mereka sediakan untuk kita. Dan kita hanyalah mempunyai kelebihan sedikit pada Bab 153.

Dan sekarang kaum-kaum yang ditinggalkan untuk hidup besama kita sudah mula mencabar dan menggugat hak kita di bahagian 153 itu.

Kita tidak sempat membuat penegasan tentang dasar-dasar kebangsaan mengenai bahasa, budaya dan agama semasa menerima syarat kemerdekaan oleh sebab terlalu hendak merdeka. Inilah habuan yang kita dapat akibat sikap melakukan sesuatu dengan terburu-buru.

Sesudah 53 tahun merdeka kita masih lagi dengar ada kaum yang tidak tahu berbahasa Melayu. Masih ada lagi golongan yang mempersendakan agama. Masih ada juga golongan yang sentiasa menghina Raja dan Sultan.

Lihatlah negara yang tidak pernah merdeka sebab tidak pernah dijajah. Di Thailand tidak wujud bangsa-bangsa seperti di negara kita. Tidak adapun sekolah Cina dan sekolah Tamil. Demikian juga di Indonesia., sehinggakan nama mereka sendiri adalah dalam bahsa Thai dan Indonesia.

Itulah Malaysia yang merdeka dalam keadaan terburu-buru. Sesuailah dengan pesan orang tua-tua dahulu.

Sunday, August 29, 2010

APABILA NIK AZIZ MEMBERI NASIHAT, .........

Sejak bermulanya demonstrasi BENDERA di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia, teringin sangat hendak mendengar pandangan Tuan Guru Nik Aziz mengenainya selain mendengar dan melihat ketegasan Menteri Luar Malaysia sendiri. Akhirnya Nik Aziz bersuara juga berupa nasihat yang berguna.

Namun apa yang dilihat, nasihat tersEbut seolah-olah 'cakap tidak serupa bikin' pula kerana apa yang dilaksanakannya di negara sendiri jauh menyimpang dari nasihat yang diberikannya di peringkat antarabangsa. Berikut dipetik beberapa ayat yangn diucapkan Nik Aziz mengenai insiden 'baling najis' di kedutaan Malaysia baru-baru ini.

- ...sepatutnya masalah kedua-dua negara yang sudah lama berjiran boleh dielakkan menerusi meja rundingan.

- .....bahawa tindakan mengadakan demonstrasi serta melempar najis manusia itu satu perkara yang memalukan kerana Malaysia dan Indonesia adalah berjiran, selain itu satu bangsa dan majoritinya beragama Islam seperti Malaysia.

- Saya hairan mengapa berlaku seperti ini, sikit-sikit hendak mengadakan demonstrasi......Ini kerja yang memalukan terutama membabitkan sesama Islam.

- Ini bermakna kita (Islam) tidak boleh menjadi contoh kepada orang (agama) lain.

- Adik beradik sendiri bertengkar, sedangkan perkara ini kita boleh selesaikan melalui meja rundingan atau berbincang.

Itulah intipati luahan hati Nik Aziz kepada para wartawan selepas menyampaikan kuliah mingguan di Kota Bharu pada Jumaat 27 Ogos lalu.

Aku ketawa panjang selepas membaca dan mengetahui luahan hati 'ulama ternama' ini kerana apa yang diluahkannya tidak senada dengan apa yang dibuatnya selama ini. Buat apalah beliau bersusah payah memberi pandangan dan nasihat isu global begini sedangkan dalam isu-isu nasional sendiripun beliau 'keras hati' tidak mahu menggunakan meja rundingan. Bukankah isu kerjasama dengan Umno yang sesama Melayu dan sesama Islam beliau tolak mentah-mentah?

Tahu pula dia bahawa Indonesia dan Malaysia sesama serumpun bangsa dan sesama beragama Islam. Apakah Umno tidak Islam pada pandangan Nik Aziz? Kalau PAS Islam dan Umno Islam kenapa Nik Aziz tidak ingin langsung membuka pintu rundingan seperti yang diharap-harapkan banyak pihak yang di luar parti-parti politik?

KAHKAHKAHKAHKAHKAH!!!!

Cakap tidak serupa bikin.

Friday, August 27, 2010

KITA AKAN HILANG SEMUA

Ada sebuah cerita. Benar cerita ini. Kisah yang benar-benar berlaku di sebuah tempat bernama Padang Mahligai. Ia sebuah kampung tetapi aku kurang pasti letaknya di Kedah atau di Seberang Perai tetapi berhampiran Kepala Batas. Walau apapun, tempat itu tidak penting tetapi ceritanya yang paling penting untuk direnungkan.

Ada seorang tua tinggal sendirian di sebuah rumah yang agak besar. Dua tingkat rumah itu. Dia agak sunyi bersendirian sebab anaknya berkerja di Kuala Lumpur yang mustahil dapat tinggal bersamanya di kampung. Jadi untuk menghilangkan rasa sunyi, dia mempelawa sebuah keluarga yang kebetulan memerlukan tempat tinggal duduk bersamanya. Bersyukurlah anaknya dan saudara maranya kerana orang tua itu tidak sunyi lagi.

Suatu hari ketika menziarahinya, kami sekeluarga terperanjat apabila orang tua itu mengajak kami naik ke tingkat atas rumah itu, tidak seperti biasa hanya duduk berborak di bahagian dapur di tingkat bawah.

Dan dalam bicaranya yang amat perlahan kerana tidak mahu didengar orang, dia memberitahu bahawa dia tidak dibenarkan lagi memasuki tingkat bawah rumahnya itu. Keluarga yang menumpang rumahnya tidak mengizinkan lagi dia menggunakan tingkat bawah rumahnya sebaliknya bahagian itu menjadi tempat kediaman mereka yang mutlak. Mulanya kami menyangka dia telah menjual rumah tersebut kepada keluarga itu tetapi tidak. Dia tidak menjualnya sebaliknya 'dirampas' oleh keluarga yang menumpang itu.

Sedikit demi sedikit dan hari demi hari, bahagian tingkat bawah telah menjadi 'hak' orang lain dan orang tua itu tidak berdaya berbuat apa-apa. Begitulah bila kita terlalu baik dengan orang.

Dan negara kita juga tidak mustahil akan menjadi demikian juga. Satu hari kita kehilangan hak kita kerana kita terlalu baik dan terlalu tulus. Sekarangpun kita sering biarkan orang lain berbuat sesuka hati mereka tanpa mengira sensitiviti kita. Sedikit demi sedikit hak kita diambil dan dirampas secara tidak kita sedari. Percayalah pada suatu hari nanti, nasib kita samalah seperti nasib orang tua tadi yang lama kelamaan kehilangan rumahnya sendiri.

Kita akan kehilangan tanah air kita sendiri!

Sunday, August 22, 2010

BILA MELAYU BOLEH BERCAKAP TENTANG MELAYU?

Datuk Ahmad Ismail dari Bukit Bendera telah merasainya, Datuk Ibrahim Ali dari Perkasa juga telah merasainya. bercakap sahaja tentang nasib Melayu, pasti dihentam cukup-cukup. Pihak-pihak tertentu menunggu masa sahaja bila orang Melayu akan bercakap mengenai Melayu. Bersuara sahaja kepentingan Melayu pasti mendapat layanan yang serupa iaitu dilanyak cukup-cukup dengan ‘rasis’.

Bangsa lain bercakap mengenai bangsa mereka, tak ada siapa betul-betul gaduh. Habis sangat nanti kita bincang.

Baru-baru ini Cikgu Siti dari Kulai pula yang kena. Secepat kilat Muhyiddin Yassin menubuhkan Jawatankuasa Khas mengkaji kenyataan Cikgu Siti. Orang lupa beberapa hari sebelum itu Chua Soi Lek mempersoalkan kepentingan Melayu dan menyuarakan resolusi kaum Cina malah kesanggupan beliau senada dengan DAP dalam hal tersebut.

Ucapan Cikgu Siti digembar-gemburkan sehingga MCA Kedah yang jauh di utara mahu kerajaann ambil tindakan. Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO sendiri menyatakan rasa kesalnya dengan ucapan Cikgu Siti tetapi berdiam diri dengan ucapan Soi Lek.

Jadi bilalah Melayu boleh bercakap tentang nasib Melayu? Siapa yang hendak membela nasib Melayu yang bercakap mengenai Melayu>

Saturday, August 14, 2010

KASE: PEMBELA ORANG BERSALAH



Akta Pengangkutan Jalan 1987:

"Sesiapa yang memiliki notis kesalahan trafik yang belum dilunaskan, Cukai Jalan mereka tidak boleh diperbaharui sehingga bayaran dibuat."


Amat jelas akta tersebut. Sekali baca pun boleh difahami. Orang-orang yang tidak tahu bahasa sahaja yang tidak faham. Tetapi kenapa timbul masalah apabila ramai pesalah trafik disenarai-hitamkan semasa memperbaharui cukai jalan baru-baru ini. Sah dan nyata tindakan JPJ itu adalah betul mengikut akta yang telah diluluskan Parlimen yakni telah dibahaskan di Dewan Rakyat dan telah diperakui Dewan Negara.

Tiba-tiba muncul orang-orang yang mahu menjadi HERO. Lalu tertubuhlah 'KASE' ataupun Kempen Anti Saman Ekor dengan diketuai seorang Ahli Parlimen yang bersama-sama membahaskannya di parlimen sebelum diluluskan. Selain beliau, ramai lagi tokoh-tokoh yang mahu menumpang mencari publisiti, mahu jadi populer.

Yang peliknya trend membela pesalah semakin menjadi-jadi. Orang yang melakukan kesalahan dibela begitu rupa sedangkan orang yang menjalankan tugas menegakkan undang-undang dihina dan dibenci. Tidak ada orang membela mereka sedangkan mereka menjalankan tugas seperti yang diperuntukkan.

Salahkah pihak polis mengenakan tindakan 'Saman Ekor' kepada pesalah trafik? Ada cara lainkah untuk mengajar pemandu-pemandu degil yang sentiasa mencemarkan keharmonian jalan raya kita? Bukan ramai pun yang degil memandu laju tetapi kerana yang sedikit inilah mengganggu perjalanan orang lain. Jika tidak mahu disaman, pandu mengikut had laju yang telah ditetapkan.

Pihak polis bukannya 'gila' tak tentu pasal menyaman orang. Jika berbuat salah, terima sajalah hakikat kita bersalah.

KASE usahlah hendak jadi hero. Itu semua bermotif politik bukan niat membela rakyat tetapi membela pesalah trafik. Patutkah seorang ahli parlimen membela pesalah? Jika orang berbuat salah sentiasa dibela sebagai hero, sampai bila pun kerja penguatkuasa undang-undang tidak akan selesai.
Sepatutnya sebagai Ahli parlimen yang menang dengan undi majoriti haruslah membela majoriti rakyat bukan golongan pesalah yang minoriti ini. Di negara kita semuanya terbalik.

Sunday, August 8, 2010

SAMAN EKOR: SALAHKAN DIRI SENDIRI

Isu saman ekor tidak ada kesudahanya. Pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan sudah memuktamadkan bahawa tiada diskaun untuknya dan tidak ada pemansuhan tindakan saman tersebut. Bermakna proses menyaman jenis ini diteruskan walaupun ramai yang membantah.

Yang membantah pula bukanlah calang-calang orang. Pihak pembangkang sudah semestinya termasuk dalam kalangan ini sebab mereka tetap membangkang walaupun perkara yang baik kerana mereka PEMBANGKANG. Tetapi apabila kalangan pemerintah sendiri yang membantah, malah ada menteri juga tidak bersetuju, tentulah isu ini serius.

Tetapi golongan mana sebenarnya yang membantah?

Kita sorot sedikit permainan bolasepak. Piala Dunia baru saja berakhir. Berapa banyak kad kuning dan kad merah yang telah pengadil keluarkan? Banyaknya tidak terkira sehingga kad-kad amaran ini menjadi bahan jenaka.

Mudah sahaja memahaminya. Jika pemain tidak mahu dikenakan kad kuning ataupun merah, mainlah mengikut peraturan. ikut undang-undang permainan. Jika dalam peraturan tidak boleh menyentuh bola dengan tangan, jangan sentuh. Kalau sentuh juga akibatnya terimalah kad kuning atau merah.

Di jalanraya juga sama seperti di padang bola. Saman dikeluarkan untuk mereka yang memandu laju melebihi had yang ditetapkan. Kalau sudah laju, saman terpaksa dikeluarkan. Kalau tak mahu disaman, jangan pandu laju-laju. Ikut had laju yang sedia ada. Saya sendiri juga telah berapa kali kena saman jenis ini. Apa nak buat, saya yang salah. bayar sajalah walaupun saya tidak suka.

Bila memandu laju dan mendapat saman tidak kira saman ekor ataupun saman kepala, bayar sajalah. kalau tidak bayar tentulah disenaraihitamkan. Kita buat salah memandu laju, tiba-tiba hendak salahkan orang lain bila tindakan diambil. Kita patut salahkan diri sendiri kerana tidak dapat mengikut peraturan di jalanraya, bukan mencari salah orang lain.

Jadi pihak polis dan JPJ, teruskanlah niat anda menjaga kepentingan ramai di jalanraya. Bukan ramaipun yang memandu laju. Hanya segelintir sahaja. Tapi jika dibiarkan, kerana segelintir inilah jalanraya kita menjadi kubur tidak bertanda. Jangan dibiar segelintir ini menidakkan kepentingan ramai lagi pengguna jalanraya.

Cuma percepatkan sedikit proses penghantaran saman itu agar ia tidak 'bertapuk' terlalu banyak.

Selamat memandu!

Wednesday, August 4, 2010

MEMANG SUSAH BERBUAT SESUATU YANG TIDAK PERNAH DIBUAT ORANG

Susahnya untuk membuat sesuatu yang baru dan tidak pernah dibuat orang. Itulah yang paling sesuai diucapkan setiap kali kami melihat respon khalayak pada setiap langkah yang hendak dilaksanakan samada pemimpin ataupun kerajaan sendiri. kata orang mana bisa memuaskan hati semua orang tetapi memadailah dapat memuaskan hasrat kebanyakan orang.

Ada satu cerita yang kami kira dapat memberi satu impak kepada situasi ketika hendak melaksanakan sesuatu yang pada mulanya pelik tetapi lama kelamaan menjadi perkara biasa dan dapat diikuti ramai khalayak yang lain. Cerita ini berlaku disebuah sekolah menengah di utara tanahair.

Pada awal tahun amat sukar guru memilih atlit untuk mewakili sekolah tersebut kerana trlalu ramai yangberminat terutama dalam bidang permianan. Bolasepak yangmenjadi tumpuan utama. setiap petang terlalu ramai pelajar yang turunke padang melibatkan diri supaya guru nampak dan kemungkinan dipilih.

Akhirnya setelah berbincang dengan pengetua, keputusan dibuat bahawa sesiapa yang ingin menjadi atlit sekolah mestilah memotong rambut pendek dengan 'mesin no. 2'. Arahan ini dibuat dengan andaian tentu tidak ramai yang akan akur. Bayangkanlah apabila pelajar memotong rambut dengan syarat tersebut, serupa akademi tentera.

Jadi pelajar yang berminat akur juga dengan syarat tersebut dan akhirnya pasukan bolasepak sekolah tersebut dapat di tubuhkan dengan para pemain yang semuanya berambut pendek. Mereka yang tidak terpilih juga sudah pendek rambutnya dan bersekolah seperti biasa serta melibatkan diri dalam sukan yang lain. Akhirnya sekolah tersebut menjadi terkenal dengan para pelajar lelaki berambut ala tentera.

Lama kelamaan trend rambut pendek ini menjadi ikutan pelajar yang lain yang tidak terlibatr dengan sukan sekalipun. Dan akhirnya di tahun berikutnya, mana-mana pelajar lelaki yang datang mendaftar diri di sekolah tersebut tanpa disuruh lagi telah memotong rambut dengan mesin no. 2.

Apa yang boleh kita pelajari di sini ialah:

- Apapun yang baik jika hendak dilaksanakan, jangan tangguh dan jangan fikir sangat. Laksanakan dahulu dan akhirnya akan diterima orang.

- Sesuatu yang baru pada mulanya memang nampak ganjil, tetapi lama kelamaan akan menjadi ikutan dan diterima ramai sebagai perkara biasa.

- Bila hendakkan sesuatu yang diminati, orang akan berbuat apa sahaja walaupun melakukan perkara yang tidak digemarinya.

Jadi pihak kerajaan dan pihak berwajib, laksanakanlah apa sahaja program yang baik untuk rakyat. Jangan kira orang suka atau tidak kerana handak memuaskan hati semua orang memang tidak boleh tetapi memenuhi hasrat kebanyakan orang memang mampu dilakukan.

Jika hendak berbuat perubahan, lakukanlah asalkan dapat memberi kebaikan.

Thursday, July 29, 2010

APAPUN HENTAM DULU, MAAF KEMUDIAN

APAPUN HENTAM DULU, MAAF KEMUDIAN.

1. Dalam politik macam-macam perkara pelik dan tidak masuk akal boleh berlaku. Tidak menghairankan jika hari ini kita berkawan, esok kita menjadi lawan. Bukan pelik jika hari ini kita sehaluan, esok kita masing-masing jalan. Itu tidak menjadi aneh dalam politik. Memang pernah terjadi beberapa kali perkara seperti ini.

2. Namun trend ‘hentam dahulu, minta maaf kemudian’ perlulah dibendung agar mereka kelihatan lebih beretika dan bertanggung-jawab. Jika dibiarkan, akan berleluasalah fitnah dan kata nista dalam kalangan ahli-ahli politik sedangkan mereka mempunyai pengaruh dalam masyarakat.

3. Sudah beberapa kali perkara seperti ini berlaku. Kebanyakan tuduhan dan tohmahan dilemparkan sesuka hati. Mereka tahu tidak ada satu tindakan akan diambil terhadap mereka walaupun apa yang diperkatakan ternyata tidak benar. Percakapan tanpa fakta malah ikut sedap mulut sahaja merupakan pernyataan tidak bertanggung-jawab. Tapi peduli apa, asalkan ‘hentam dahulu, maaf kemudian’ sudah cukup baik bagi mereka.

4. Datuk Mahfuz Omar adalah seorang tokoh politik terkenal dari utara, tidak pernah sekalipun meminta maaf atas apa yang diucapkannya walaupun ternyata selepas itu tuduhannya tidak berasas dan tidak benar. Sepanjang yamg diingat, begitulah. Permohonan maaf amat berat baginya tidak seperti melemparkan tuduhan sedangkan beliau amat tahu bahawa memohon maaf jika tersilap amat dituntut Islam.

5. Baru-baru ini tuduhan terhadap Tan Sri Haji Harusani amat berat dan ternyata tuduhan itu tidak berasas. Beliau masih boleh tersenyum dan membiarkan orang ramai mengandaikan macam-macam. Apa salahnya beliau merendah diri sedikit dengan memohon maaf. Sedikitpun tidak akan dipandang hina apabila kita memohon maaf.

6. Berdosakah Tan Sri Hj harusani apabila menyeru ke arah kebaikan sehingga dilabel dengan bermacam-macam tuduhan seperti penipu, pembohong dan pecacai? Yang menuduh pula adalah dalam kalangan Melayu Islam yang berjuang dalam sebuah parti Islam.

7. Tuduhan yang berat dan hina begini tidak pula dibuat kepada tokoh bukan Islam yang sentiasa menimbulkan isu-isu yang menyakitkan orang-orang Melayu dan Islam. Kenapa orang seperti Mahfuz Omar tidak menghalakan kemarahan dan cercaan kepada Tony Pua dan Khalid Ibrahim yang mahu menghapuskan keistimewaan orang-orang Melayu?

Wednesday, July 28, 2010

TERGAMAK MAHFUZ

1. Apabila Datuk Mahfuz Umar, Timbalan Presiden PAS meletak label sebagai "PECACAI UMNO" kepada Tan Sri Haji Harusani Zakaria, ia menggambarkan beberapa situasi yang melanda PAS dan juga para pemimpinnya. Orang bodoh sekalipun dapat mentafsir apaa yang tersirat dalam kalangan wibawa dan budi parti Islam itu dan juga para pendokongnya.

2. Dari apa yang disuarakan para pemimpinnya, ternyata PAS belum dapat menerima hakikat bahawa merka hanyalah syok sendiri dengan sokongan DAP dan PKR yang ternyata dan jelas tidak akan menerima Islam sebagai asas perjuangan dan tidak akan memperakui Melayu sebagai bumiputera yang mempunyai hak-hak keistimewaan. Mereka tidak sedar ada program terancang dari parti kaum Cina itu dalam usaha melemahkan kerajaan dan memporak-perandakan bangsa Melayu.

3. PAS juga nampaknya tidak suka kepada perkara-perkara baik yang cuba dibawa oleh para mufti dan ulama kerana mereka ini tidak sama atau tidak serupa dengan para ulama yang ada dalam parti mereka dan sesiapa sahaja yang cuba menyeru ke arah penyatuan dan keharmonian akan dilabel dengan berbagai gelaran termasuk pembohong, penipu dan yang paling terbaru adalah sebagai 'pecacai Umno'.

4. Sebenarnya tidak ada perkataan 'pecacai' dalam bahasa Melayu. Ada perkataan yang serupa dengannya iaitu 'pecacal' yang membawa maksud pacal atau hamba. Agaknya itulah maksud yang mahu diberikan kepada Tan Sri Hj. Harusani oleh Datuk Mahfuz apabila memberi gelaran sebegitu. Walau apapun perkataan yang digunakan, itu bukan isu penting. Yang penting adalah maksud yang terbuku di hati Mahfuz.

5. Hina sangatkah Tan Sri Harusani sehingga dilabel begitu rupa hanya kerana hendak menyatukan bangsa Melayu yang telah porak peranda kerana ego beberapa puak dan dibantu pula oleh kegiatan bangsa-bangsa lain yang suka melihat Melayu jadi begitu. Mereka nampak apabila Melayu menjadi kucar-kacir dan musnah, senanglah negara ini dieksploitasikan menjadi apa saja yang mereka inginkan kerana ketika itu Melayu tidak berdaya lagi dari semua aspek termasuk aspek keagamaan.

6. Yang menghairankan, label-label yang diberikan kepada seorang berstatus ulama ini dibuat oleh individu-individu yang saban hari bercakap tentang agama dan keesaan Allah. Hari-hari mereka bercakap tentang dosa dan pahala. Malah mereka juga bergelar ulama dan ada yang tergolong sebagai Tok Guru.

7. Besar sangatkah dosa Tan Sri Hj Harusani apabila menyeru kepada penyatuan umat Melayu dan Islam? Salahkah apabila orang Islam menyeru ke arah kebaikan sesama Islam. Ternyatalah tindak-tanduk puak-puak yang ego ini mengelirukan khalayak yang ramai kerana kita sentiasa disemai dengan amalan untuk berbaik-baik sesama manusia apatah lagi sesama Islam.

8. Berlainankah Islam Umno jika dibanding dengan Islam DAP dan Islam PKR? Ternyata PAS dapat menerima DAP tanpa mengungkit-ungkit dasar perjuangan tetapi bila hendak menjalin kerjasama dengan Umno berbagai syarat dan perubahan dasar dituntut.

Monday, July 26, 2010

DAP DAN PKR SUDAH TUKAR KEPADA DASAR ISLAM?

1. Kami petik kata-kata Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS. Kata-kata ini dipetik dari Sinar Harian Edisi Utara dua hari yang lepas:

"Kita tetap dengan dasar yang sama dan tidak akan mengubahnya.
Kalau mereka mahukan kerjasama terlaksana segera,
pertimbangkan dan ubah dasar dengan segera".

2. Fahamlah kami bahawa kata-kata penuh makna ini ditujukan kepada Umno kerana bagi PAS mereka tidak boleh menjalin kerjasama dengan Umno kerana dasar Umno tidak berlandaskan Islam dan Umno tidak Islamik.

3. Kami juga faham maksud kata-kata itu, jika Umno mahu menjalin kerjasama dalam masa terdekat iaitu kerjasama dalam masa yang segera, parti itu hendaklah ubah dasar perjuangannya iaitu kepada perjuangan Islam seperti perjuangan PAS. Maknanya jika tidak berjuang atas prinsip Islam, PAS tidak ingin mengadakan kerjasama yang dicadangkan malah hendak berbincang pun tidak mahu.

4. Amat tegas dan bagus sekali pendirian PAS, benar-benar mmpunyai roh Islam dan mahu 'berkawan' atau berjuang bersama-sama parti yang memperjuangkan dasar Islam sahaja. Kalau tidak berteraskan perjuangan agama Islam, PAS minta maaf, tidak dapat menjadi sahabat dan tidak dapat bersatu dalam perjuangan.

5. DAP yang menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat telah mengubah dasar perjuangannya kepada dasar Islam. Ini kita ketahui apabila Lim Guan Eng yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang mengambil seorang tokoh Islam sebagai idolanya. PAS seronok dan memuja dan memuji Lim Guan Eng kerana mencontohi Khalifah Umar Abd Aziz.

6. Lim Kit Siang pun tidak lagi menyerang PAS dalam setiap ucapannya malah biasa berpelukan dan berdakapan dengan Haji Hadi dan juga Nik Abdul Aziz. Malah Karpal Singh pun mungkin telah melupakan kata-katanya 'langkah mayat saya dulu kalau hendak menubuhkan negara Islam'.

7. Parti Keadilan Rakyat juga sama seperti DAP, telah mengubah dasar perjuangannya kepada Islam. Malah ada antara pemimpinnya dari kaum Cina dan India telah boleh membaca ayat-ayat Quran dalam ceramah-ceramah dan siap dengan pengertiannya sendiri. Malah ada pemimpin bukan Islam dibawa masuk berceramah di dalam masjid.

8. Jadi jika Umno berhasrat menjalin kerjasama dengan PAS, Umno harus mengubah dasarnya. Tapi yang musykilnya nak ubah jadi apa? Apakah yang diperjuangkan Umno sekarang bukan ke arah perjuangan Islam? Yang kami tahu orang-orang Umno juga Melayu dan Islam. Malah bersama-sama dengan orang-orang PAS bersembahyang di masjid yang sama dan berimamkan imam yang sama.

9. Inilah yang mengelirukan dari kenyataan Dr Haron Din itu. Apakah maksudnya DAP dan PKR itu lebih Islam dari Islamnya Umno?


Friday, July 23, 2010

DIA BUAT BOLEH, ORANG LAIN JANGAN

Selama ini para pemimpin DAP dan pembangkang yang lain begitu ceria dan seronok setiap kali boleh 'membantai' siapa sahaja musuh politik mereka. Tidak kiralah apa yang 'dibantai' itu betul atau salah, yang penting orang yang mendengar dan membaca turut mengiakannya dan tumpang seronok.

Jadi tentulah orang yang bersikap begini boleh menerima pula kritikan orang lain terhadap mereka. Kita sedap-sedap 'hentam' orang, biarlah sekali sekala orang 'hentam' kita pula. Rupanya tidak bagi 'Khalifah Umar Abdul Aziz' dari Pulau Pinang ini. Dia mahu hanya dia sahaja yang menghentam orang tapi orang lain jangan menghentamnya kembali.

Rupanya dalam wajahnya yang nampak ceria dan tenang itu, Lim Guan Eng ini ada sifat pemarah juga. Dalam lembut tuturnya, ada dendam membara yang mesti dihamburkan apabila dia dikritik orang. Betulkah itu sifat Khalifah Umar yang dijadikan idola beliau?

Lim Guan Eng lupa bahawa selama ini beliau mengkritik orang lain tanpa sempadan. Ikut sedap sahaja. Siapa sahaja yang tidak sependapat dengan DAP dan beliau sendiri pasti terima padahnya.

Itulah yang berlaku kepada Nik Ali di Pulau Pinang. Sesudah beberapa kali Guan Eng menghentam beliau dengan perkataan-perkataan yang tidak wajar, sekali sahaja Nik Ali membalasnya dengan perkataan dayus dan biadap, beliau terus melenting. Exco terus dipanggil untuk bermsyuarat dan mengeluarkan resolusi bahawa Nik Ali tidak diperlukan di Pulau Pinang.

Beliau terus lupa yang sebelum ini sudah tiga kali beliau melabelkan Nik Ali dengan beberapa gelaran. Itulah corak pemerintahan 'Khalifah Umar Abdul Aziz' di Pulau Pinang. Takut bertindak sendiri tetapi bertumangkan mesyuarat Exco. Dan Exco yang lain pun macam badut Pak Mahadi, menganggukkan kepala tanda setuju. Mana berani lawan dengan Khalifah.

MENGAPA PAS ENGGAN BERKERJASAMA DENGAN UMNO?

Jadi atau tidak kerjasama antara parti PAS dengan Umno belum dapat dipastikan. Perbincangan ke arah itupun belum dibuat dan masing-masing masih lagi rancak kata-mengata. Rupanya banyak sungguh halangan untuk orang Melayu dan Islam bersatu. Macam-macam syarat diletakkan walaupun semata-mata baru hendak berbincang. Patutlah Islam di seluruh dunia caca-merba seperti di Malaysia juga sebab orang Islam sendiri tidak pernah membuang ego masing-masing.

Yang lebih menyedihkan, pihak yang membuat saranan dan cadangan supaya kedua-dua parti Melayu itu bersatu dikecam begitu hebat sekali. Orang yang menyeru ke arah kebaikan dicerca begitu rupa seolah-olah apa yang disuarakan para ulama dan cendekiawan itu sesuatu yang melanggar syariat. Lihatlah apa yang terjadi kepada Datuk Seri Harusani, sampai ada yang sanggup mengatakan beliau pembohong.

Inilah politik Malaysia dan inilah juga sifat buruk yang dimiliki orang-orang Melayu. Bangsa lain pun ada berlainan pendapat juga tetapi dapat bersatu dalam senyap. Orang Melayu lain pula, pantang ditegur biarpun teguran kepada kebaikan. Seolah-olah teguran demi teguran itu mencemarkan maruah dan menjatuhkan air muka.

Akhir-akhir ini Umno dilihat agak berlembut sedikit dan lebih positif kepada keinginan untuk berbincang tetapi di pihak yang satu lagi masih dengan nostalgia cerita-cerita lama yang dimainkan berulangkali bahawa tidak mahu tertipu lagi dengan Umno dan pintu rundingan sudah ditutup. Para pemimpin PAS lepas eorang, seorang pula memberi kupasan dan mendominasikan cerita lama untuk menggagalkan pertemuan kedua-dua pihak itu.

Akhirnya tinggal Umno yang kelihatan ‘terhegeh-hegeh’ membuntuti PAS menagih perubahan pendirian para pemimpin atasan PAS yang nyata dari awal lagi sudah memberi lampu merah walaupun sekadar berbincang. Nampak sangat Umno yang ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’.

Kenapa PAS berdegil menolak usaha murni para ulama dan mufti ini? Semua orang sudah maklum. Selama ini para pemimpin PAS menjadi popular dengan menjadikan Umno sasartan maki-hamun dan cacian. Malah para pemimpin Umno kecil besar dipancung diang dan malam di pentas-pentas ceramah. Tokoh-tokoh seperti Mahfus Omar, Mohamad Sabu, Husam Musa dan beberapa nama lagi menjadi minat ramai kerana kepetahan menghentam dan memfitnah para pemimpin Umno.

Jadi jika Umno dan Pas menjalin kerjasama, tokoh-tokoh ini sudah tidak ada kerja. Kalau hendak berceramah pun sudah tidak sedap lagi. Hendak beralih menghentam Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh ataupun Lim Guan Eng tentu tidak sampai hati. Walaupun itu saja pilihan yang ada tetapi sanggupkah mereka? Mahu tak mahu, Umno juga akan dijadikan sasaran. Kerana itu, cadangan penyatuan dan kerjasama ini ditentang habis-habisan.

Nik Aziz tentulah terkilan kerana terpaksa membuka pintu ‘syurga’ kepada ahli-ahli Umno juga kalau sudah berbaik dengan Umno sedangkan sebelum ini hanya orang PAS sahaja yang layak masuk syurga. Sebab itu Nik Aziz menentang sangat usaha menyatukan Melayu dan Islam ini.

Jadi sampai bilapun Umno dan PAS tak akan bersatu. Orang-orang Melayu sampai bilapun tidak akan bersatu.

Wednesday, July 21, 2010

SEMUT MATI KERANA GULA, NAJIB 'MATI' KERANA ROSMAH

Memang tiada siapa boleh memberi sebab mengapa semut mesti mati kerana gula. Gula adalah makanan semut tetapi semut mesti mati juga kerana makanannya sendiri. Kalau tak percaya, lepaskan semut ke dalam balang berisi gula. Lama kelamaan kita akan dapati semut itu mati.

Tidak siapa tahu sebabnya dan tiada siapa yang pernah mengkajinya atau berura-ura mengkajinya. Mungkin terlebih memakan gula lalu kena kencing manis dan mati. Ataupun terhimpit oleh gula yang banyak dalam balang. Ataupun mati kerana kehabisan udara untuk bernafas.

Orang tidak ambil peduli soal semut itu.

Tapi dalam hal Najib ini orang ambil peduli dan ada orang mengkajinya. Tentulah orang ambil kisah kerana beliau Perdana Menteri sebuah negara dan memimpin sebuah parti Melayu yang ternama. Orang nampak Najib akan jadi seperti semut tadi tapi 'kematian' Najib bukan kerana gula. Najib akan 'mati' kerana Rosmah, isrerinya. Sedikit demi sedikit Rosmah mencipta senjata bakal membunuh kerjaya Najib di kedudukannya sekarang. Masa depan politik Najib akan hancur. Itulah 'mati' yang dimaksudkan.

Banyak sudah sejarah negarawan 'mati' kerana perempuan. Sejarah silam menceritakan betapa Samson yang gagah perkasa boleh jatuh kerana seorang perempuan bernama Delailah. Dalam sejarah moden Amerika pula politik Bill Clinton tergugat kerana perempuan bernama Lewensky.

Tidak mustahil Najib boleh tersungkur kerapa perempuan bernama Rosmah. Kalau najib tidak menjaga dan mengawal isterinya supaya jangan 'terlebih sudu dari kuah', perkara ini tidak mustahil.

Belum pernah dalam sejarah Malaysia isteri Perdana Menteri begitu agresif menonjolkan diri seolah-olah dia yang 'mengurus negara' sekarang ini. Selalu yang dibuatnya mengalahkan PM sendiri apatah lagi menteri-menteri. Ada-ada saja cerita yang diciptakan Rosmah menampakkan seolah-olah dia yang memberi arahan kepada Najib. Cakapnya melebihi menteri dan melangkaui Najib.

Contoh terkini adalah yang berlaku di Sabah dua hari lepas. Kalau setakat merasmikan Wisma Wanita sahaja tidaklah janggal sangat tetapi sampai mengumumkan mahu supaya kerajaan membina wisma berkenaan di semua negeri, itu sudah seperti cakap Perdana Menteri. Perkara macam tu biarlah Menteri Pembanguna Wanita ataupun PM sendiri yang umumkan, bukan Rosmah.

Nanti bila betul-betul dibuat wisma berkenaan, orang akan nampak Najib takut bini dan dengar semua cakap bini. Mana boleh seorang PM orang yang takut bini. Inilah yang akan memusnahkan Najib..

Barulah betul NKRA (Najib Kerja Rosmah Arah).

Sunday, July 18, 2010

UMNO KUAT, BN TETAP LEMAH

Pada 13 Julai lepas, DS Najib mengingatkan pihak-pihak yang menganggap bahawa yang menyebabkan Umno beria-ia sangat hendak menjalin kerjasama dengan PAS kerana parti itu sudah lemah, membuang tanggapan tersebut.

Menurutnya Umno kuat dan bertambah kuat. Dan kerjasama yang hendak dijalinkan ini semata-mata untuk perpaduan Melayu dan perpaduan Islam seperti saranan beberapa pihak termasuk para cendekiawan dan juga para ulama.

Perkara ini tidak kita nafikan. Memang Umno kuat. Tetapi bukan Umno sahaja yang menunjangi kerajaan pada masa ini. Setakat Umno sahaja yang berdiri seorang diri, kerajaan sekarang ini tidak akan wujud. Umno tidak boleh berdiri dengan sendirinya melainkan memerlukan sokongan dari beberapa parti komponen yang lain.

Kalau Umno kuat dan Barisan Nasional tidak kuat, apalah gunanya. Yang penting BN yang mesti kuat. Jadi senario ini hendaklah Najib ingat. Jangan terlalu sombong. Melayu hanya ada 60% dari rakyat Malaysia. Jumlah ini pula terbahagi kepada 3 seperti kata Dr. Mahathir. Jadi kalau setakat 20% sokongan terhadap Umno tanpa sokongan dari kaum lain, usah Umno mimpi hendak tadbir negara.

Sekarang komponen BN yang lain telah lemah. Semua dalam huru-hara. MCA sudah tidak dipercayai lagi malah ada pemimpinnya dilihat bertalam dua muka. MIC dilanda krisis kepimpinan yang tidak ada penghujungnya. PPP belum lagi selesai tentang isu 2 presiden. Hanya kmponen di Sabah dan Sarawak sahaja yang selamat. Jadi Umno tidak dapat tidak mesti menjalin hubungan dengan parti Melayu yang lain untuk meneruskan kelangsungan kuasa politik Melayu di masa akan datang. Setidak-tidaknya dapatkan 20% lagi daripada PAS.

Jadi Najib jangan angkuh. Hulurkan tangan kepada PAS dan jalinkan hubungan sebaik-baiknya. Jika tidak usah harap Putrajaya akan menjadi milik Melayu selepas PRU13 nanti seperti kata Datuk Seri Harusani, Melayu akan hilang kuasa politik.

Setakat Umno saja kuat tapi BN lemah nak buat apa?

Saturday, July 17, 2010

UMNO KENA MAIN LAGI

Nampaknya Umno dipermainkan lagi. Umno diperlekehkan lagi dan dinista begitu rupa sehingga orang yang waras pasti merasai terhina. Umno dicerca lagi bahawa ia sebuah parti yang jelas 'menolak' Islam. Orang yang memperbodohkan Umno itu pula bukan calang-calang orang. Orang itu adalah Nik Abdul Aziz, Tuan Guru yang sangat dimuliakan PAS.

Orang yang mencerca dan menghina Umno inilah juga yang boleh menentukan siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka. Dia juga dapat menentukan sembahyang siapa yang diterima Allah dan sembahayang siapa yang tidak diterima.

Baru 2 hari menyatakan kesediaan bertemu dan berbincang dengan Umno, baru dua hari beria-ia mahu bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, malah Tan Seri Muhyiddin pun sudah memuji-muji sikap terbuka Nik Aziz, sekarang sudah berubah. Gamaknya mendapat 'wahyu' terbaru, lalu membatalkan hasrat berbincang tentang politik dan Melayu. beliau hanya sedia berbincang soal-soal berkaitan royalti minyak.

Sedang Umno sudah bersedia untuk merangka agenda perpaduan Melayu dan Islam selaras dengan saranan beberapa cendekiawan serta ulama, Pas pula menolak malah menghina dengan beberapa tuduhan. Dan yang menyedihkan Nik Aziz kata pintu rundingan sudah lama ditutup. Agaknya akan jadi macam mana ungkapan DAP kepada PAS juga tapi kali ini akan berbunyi, "Langkah mayat Nik Aziz dulu". Waktu itu barulah boleh berunding.

Jika terbukti Umno menolak Islam seperti yang dikatakan Nik Abdul Aziz, agaknya apakaah agama orang-orang Umno ini. Apa pula pegangan agama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri?

Yang herannya apa yang mahu ditunggu lagi oleh puak-puak Umno ini. Mahu apa lagi kerana ini bukan kali pertama dipermainkan seperti ini. Usahlah berlagak ' hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan!

Friday, July 16, 2010

PEMILIHAN KATA

Orang tua-tua berpesan supaya jaga mulut waktu berbicara, jaga lidah waktu bertutur kata. Jika tidak, akibatnya nanti banyak yang buruk daripada yang baik. Kesannya amat merugikan jika kita terlepas cakap.

Peribahasa 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya' sudah cukup mengajar kita agar berhati-hati semasa berbicra. Lebih-lebih lagi apabila berucap di khalayak yang ramai. lagi ramai khalayak, lagilah susah sebab untuk membuktikan apa yang kita telah cakapkan amat ramai
.

Jadi perlulah berhati-hati memilih perkataan yang sesuai bila mengeluarkan kata-kata. Inilah yang terjadi kepada bapak menteri dari Sabah ini, yakni Datuk Shafie Afdal. Perkataan 'SESAT' yang digunakannya bagi menceritakan ajaran yang dibawa PAS amat tidak sesuai dan tidak patut sama sekali.

Tak payah beliau hendak menafikan bahawa maksud beliau bukanlah menggambarkan aspek akidah tetapi tentang dasar perjuangan. Orang bodoh manapun, bila dikaitkan 'sesat' dengan PAS, tentulah faham sungguh-sungguh ia ada kaitan dengan agama, sementelah perkara itulah selama ini menjadi fokus serangan dari luar PAS. Jadi siapapun yang mendengarnya akan faham bahawa apa yang dimaksudkan bapak menteri itu adalah tentang kesesatan ajaran akidah PAS, bukan seperti yang diterangkan beliau kemudian.

Macam manapun, terimakasihlah kerana beliau cepat sedar dan sempat pula mencari alasan yang nampak munasabah juga. Jadi selepas ini berhati-hatilah memilih perkataan kerana beliau seorang menteri. Bila menteri bercakap seperti orang tiada akal atau ikut sedap sahaja, masakan Najib tersalah pilih orang.

Belajarlah dari najib untuk memilih perkataan jika bercakap kerana PM ini orang uang pandai memilih perkataan. Tak mahu sebut harga barang dinaikkan, beliau memilih perkataan harga minyak dan gula 'diselaraskan'. Entah dengan apa yang diselaraskan pun kita tidak dapat fikirkan.

Wednesday, July 14, 2010

BETULKAH UMNO PEMBELA BAHASA MELAYU?

Ketika merasmikan persidangan Umno Bahagian Kota Tinggi, Johor, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dengan bangga mengumumkan bahawa selama ini dan selamanya Umno menjadi pembela bahasa Melayu di negara ini. Tegas beliau, Umno adalah parti yang selama ini berjuang memartabatkan bahasa Melayu selaras dengan kedudukannya termaktub dalam perlembagaan negara.

Kenyataan yang dibuat ini amat disambut baik tambah-tambah lagi apa yang dinyatakan itu benar-benar datang dari aspirasi parti Melayu terbesar di negara ini, yang pula sedang memegang mercu pemerintahan negara.

Tetapi apa yang disangsikan, hanya beliau sahaja yang beria-ia berkata demikian. Hanya Datuk Seri Rais sahaja yang kita lihat mempunyai komitmen kea rah tersebut sedangkan para menteri Umno yang lain tidak berbuat demikian.

Alangkah baiknya jika apa yang dikatakan Dr Rais itu benar-benar terjadi.Malah alangkah baiknyan jika para menteri dan para pemimpin Umno yang lain mempunyai komitmen sebagaimana beliau, nescaya bahasa Melayu tidak menjadi seperti sekarang, menjadi bahasa yang caca-merba.

Banyak bukti-bukti yang jika ditulis, nescaya tidak dapat dinafikan para pemimpin negara dari Umno sendiri lebih mengutamakan bahasa Inggeris dari bahasa Melayu. Dalam beberapa majlis rasmi yang dihadiri khalayak rakyat Malaysia sendiripun, para pemimpin ini tidak mahu berbahasa Melayu. Telah banyak kali perkara ini dibangkitkan tetapi apabila menyentuh para pemimpin tertinggi, apa yang diperkatakan jadi ‘seperti anjing menyalak bukit’.

Ada pemimpin, tentunya tokoh Umno, pada sebelah pagi berucap merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan, berapi-api menyatakan komitmen kerajaan memartabatkan bahasa Melayu, pada sebelah malamnya menyampaikan pula ucapan dalam majlis yang lain dengan bahasa Inggeris sedangkan yang hadir adalah rakyat Malaysia sendiri.

Dalam perjumpaan dengan rakan-rakan ‘facebook’ semasa satu acara minum petang, pemimpin Melayu menggunakan bahasa Inggeris semasa berinteraksi dengan para ‘sahabat’ facebooknya, sedangkan ‘sahabat-sahabat', itu adalah rakyat Malaysia belaka.

Banyak lagi contoh-contoh yang dapat diberikan tetapi hanyalah seperti ‘mencurah air di daun keladi’ dan suara kami hanyalah ‘seperti anjing menyalak bukit’.

Jadi Dr Rais usahlah uat jenaka yang seperti itu. Orang dapat membaca dan melihat apa yang berlaku selama ini. Macam mana dikatakan Umno pembela bahasa Melayu jika para pemimpin Umno sendiri tidak yakin dengan bahasa itu? Perkataan ‘pembela’ itu tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Nanti kata orang, jadi seperti ayam, ‘kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi’.

Tuesday, July 13, 2010

APAPUN KENA BAGI CINA DAN INDIA GEMBIRA

Di Malaysia dewasa ini mungkin akan menjadi satu fenomena baru, nak buat apapun, kenalah fakir untuk gembirakan kaum Cina dan India. Orang Melayu letak tepi dulu sebab Melayu tidak minta apa-apa selagi boleh makan, pakai dan beranak-pinak. Yang penting kena puaskan hati kaum-kaum yang lain yang akhir-akhir ini meminta macam-macam. Barulah kononnya konsep ‘1 Malaysia’ di landasan yang betul.

Baru sahaja berapa hari Ibrahim Ali bertelagah dengan Wee Ka Seong mengenai biasiswa JPA, Najib terus buat keputusan. Sesudah puas berbagai pihak menghentam Ibrahim Ali cukup-cukup, akhirnya keputusan menyebelahi kaum Cina dan India yang secara halus menuntut hak pemberian biasiswa tersebut. Amalan sebelum ini dilempar terus sebaliknya Najib mempelawa siapa sahaja yang mempunyai keputusan 9A+ tampil menuntut baisiswa tersebut.

Senang sahaja buat keputusan, tanpa ada perbincangan lanjut dan tanpa ada apa-apa tindakan susulan terhadap pertelagahan Ibrahim yang mewakili Perkasa dengan beberapa pemimpin MCA dan juga Umno sendiri. Bukan main lantang Khairy Jamaluddin memberi gelaran demi gelaran kepada Ibrahim Ali.

Akhirnya kaum Cina berjaya mendapat apa yang dituntut selam ini. Bila Cina dapat, kaum India ketawa besar., mereka juga dapat. Gembiralah mereka kerana timbulkan isu sedikit sahaja, kerajaan sudah mengalah. Dan Melayu yang rata-rata amat sedikit jumlahnya mendapat 9A+ itu melopong tanpa mendapat keistimewaan lagi.

Ini barulah kena dengan konsep ‘1 Malaysia’, Cina dan India didahulukan, Melayu dikemudiankan.

Harap-harap nanti PRU13, mereka mengundi Barisan Nasional.

Thursday, July 8, 2010

PAS AKHIRNYA MALU DAN TERKEDU

Akhirnya apa yang tidak mahu didengar oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz terpacul juga dari mulut pengerusi DAP, Karpal Singh. Tetapi semua orang tidak terkejut dan terperanjat sama sekali dengan kenyataan itu termasuk Nik Abdul Aziz sendiri. Semua orang sudah maklum memang itulah pendirian DAP sejak dahulu lagi.

Jika bersetuju dengan dasar pembentukan Negara Islam PAS, masakan kenyataan “langkah mayat saya terlebih dahulu” boleh terkeluar dari mulut Karpal Singh sebelum ini. Dan kini, dengan kenyataan terbaru ini, seolah0olah satu sessi ulangkaji kepada PAS terhadap pendirian dan dadsar perjuangan DAP yang sememangnya tidak akan sealiran dengan dasar PAS, namun tetap diangkat sebagai rakan kongsi bersama PKR.

Semua pemimpin tertinggi PAS tahu dari awal lagi pendirian DAP ini. Mereka juga sedar meniru gaya kepemimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz hanyalah retorik dan drama mainan DAP semata-mata sedangkan pada hakaikatnya tetap membelakangkan aspirasi Islam dan Melayu yang diperjuangkan PAS. Namun kerana kuasa dan perlukan sokongan DAP untuk berkuasa, soal maruah dan perjuangan diletak ke tepi.

Demikian juga DAP, demi mencapai cita-cita dan kuasa terpaksalah akur dengan prinsip ‘engkau tolong aku, aku tolong engkau’, tidak lebih dari itu. Dalam hal ini, PKR cukup cerdik, hanya menunggu peluang 'menangguk di air keruh, menahan lukah di pergentingan’. Daripada berjuang sendirian yang pasti tidak ke mana-mana disebabkan perjuangannya hanya membela individu tertentu, lebih baik tonjolkan diri semulia mungkin bagi meraih sokongan rakyat. Dan umpan serta impian PKR ternyata memberi pulangan yang tidak merugikan.

Kali ini apabila DAP melalui Karpal Singh meminta Nik Abdul Aziz menghormati pendirian DAP dalam isu pembentukan negara Islam apabila Pakatan Rakyat merampas Putrajayaa nanti, PAS kembali dalam kancah dilemma. Sebagai menyedapkan hati, secara berlapik Nik Aziz merumuskan bahawa kenyataan itu adalah kenyataan peribadi Karpal Singh, bukan kenyataan rasmi DAP.

Tetapi Nik Aziz lupa bahawa rakyat sekarang bukanlah bodoh. Ahli-ahli PAS bukan semuanya tidak cerdik dan sentiasa berjaya dicucuk hidung mereka. Kata-kata Nik Aziz itu hanyalah untuk membuat ahli-ahli PAS bertenang semata-mata sedangkan semua orang tahu pandangan dan saranan karpal itu membawa satu mesej yang amat jelas.

Jadi apa yang PAS tunggu lagi selain memnyatakan pendiriannya tentang perjuangan menubuhkan negara Islam yang dgembar-gemburkan semenjak era kepemimpinan Ustaz Fadzil Noor dahulu lagi sehingga ada kalangan pemimpin parti Islam itu melabelkan ahli Umno sebagai kafir pada waktu itu. Masakan kerana kuasa PAS sanggup menggadaikan maruah dan prinsip perjuangan.

Usah malu dan terkedu. Rakyat dapat menerima sebarang penjelasan walaupun pahit asalkan datang dari hati yang ikhlas dan benar-benar bertanggungjawab. Jika tidak, apalah bezanya perjuangan PAS dengan Umno yang sering dihina dan dinista Tuan Guru.
Sama sahaja!

Wednesday, June 30, 2010

DAFTAR PEMILIH: TANGGUNGJAWAB SIAPA?

Pengesahan pihak SPR seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa masih ada seramai 4.3 juta rakyat negara ini yang layak mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih adalah sesuatu yang tidak diduga sama sekali. Walaupun kita tahu ramai yang mengambil mudah hal ini, angka sebanyak itu amatlah menggerunkan. Lebih-lebih lagi majoritinya adalah dari rakyat berbangsa Melayu.

Hal ini disokong pula rumusan hasil kajian Biro Keahlian Dan Daftar Pemilih Pemuda Umno Malaysia, Encik Hishamudin Yahya yang meperlihatkan nisbah pemilih Melayu dan bukan Melayu amat ketara perbezaannya iaitu 1 berbanding 40.

Nisbah yang berbeza ini jika tidak ditangani dengan betul mungkin ada kebenarannya pandangan sesetengah penganalisis bahawa satu ketika nanti kuasa politik kaum Melayu akan hilang sedikit demi sedikit. Sebaliknya kuasa politik dan teraju negara ini akan didominasi oleh kaum-kaum yang lain.

Ramai beranggapan patut menyalahkan parti-parti politik Melayu khasnya Umno tidak agresif membawa masuk pengundi-pengundi baru mendaftar sebagai pemilih sedangkan parti-parti lain terutama DAP begitu giat memainkan peranan mereka ke arah itu. Ini berbeza dengan parti-parti kaum Cina dan India dalam Barisan Nasional yang ketinggalan berbanding dengan rakan mereka dalam PKR.

Namun di sebalik pendedahan tersebut, satu persoalan yang perlu difikirkan bersama ialah siapa yang sepatutnya memainkan peranan mendaftar pemilih baru? Adakah ia menjadi tanggungjawab parti-parti politik atau tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya? Bukankah SPR yang sepatutnya memainkan peranan mereka menarik minat orang ramai mendaftar sebagai pemilih?

Parti-parti politik hanyalah membantu dalam tugas-tugas suruhanjaya itu atas kapasiti menambah keahlian parti masing-masing. Bukanlah tugas hakiki parti politik untuk mencari, mempromosi dan mendaftar tetapi SPR yang sepatutnya berbuat demikian.

Sepatutnya SPR telah mengenalpasti sebarang kelemahan dalam sistem pendaftaran yang ada sekarang dan perlu dibuat penambahbaikan. Di era teknologi maklumat dan internet serta jalur lebar ini, pendekatan baru patutlah diambil oleh SPR bagi menjayakan proses mendaftar pemilih baru. Yakni tidak lagi seperti yang diamalkan sekarang yang didapati menyulitkan. Bukankah lebih mudah jika dapat mendaftar di rumah masing-masing daripada perlu pergi ke kaunter-kaunter dan mengisi boring tertentu?

Setakat ini promosi untuk tujuan tersebut amat minima. Sepanjang 2 tahun kebelakangan ini tidak terdengar langsung apa-apa promosi melalui akhbar dan juga media elektronik, khasnya televisyen. Yang nyata hanyalah kelihatan kaunter-kaunter pendaftaran di tempat-tempat tertentu. Bagaimana pula orang ramai yang langsung tidak berurusan dengan pejabat pos jika kaunter diletakkan di situ?

Barangkali tidak akan menjadi kesalahan jika SPR dapat menyediakan sedikit insentif kepada orang ramai yang datang mendaftar. Sediakan sedikit peruntukan dan berikan hadiah dan cenderamata kepada para pemilih yang berurusan dengan kaunter SPR. Rasanya dengan cara ini pasti hasrat menambah bilangan pemilih baru akan menjadi kenyataan.

Friday, June 25, 2010

MENTADBIR NEGARA MACAM MAIN MASAK-MASAK

1. Haruslah diingat bahawa mentadbir negara samalah seperti mentadbir sebuah keluarga. Dan mentadbir negara bukanlah sama macam kanak-kanak bemain 'masak-masak'. Dalam permainan masak-masak, macam-macam perkara pelik dan tidak disangka-sangka boleh terjadi.

2. Main 'masak-masak' seperti zaman kanak-kanak dulu bolehlah semuanya pakai tangkap muat saja siapa yang patut jadi 'suami' dan siapa yang dibuat sebagai 'isteri'. Duit pun pakai ambil daun-daun sahaja. Makan hanya olok-olok dalam pinggan tempurung yang dikutip di bawah pokok kelapa.

3. Ini negara, bukan main masak-masak lagi. Tadbirlah dengan betul. Tadbirlah elok-elok dan bukan boleh dibuat main-main atau hendak cuba-cuba. Mana boleh ikut sedap saja. Bertindak tidak boleh ikut hati.

4. Sesuatu yang hendak dibuat hendaklah dirancang terlebih dahulu, hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat-mesyuarat peringkat menteri dan pegawai. Bila sudah siap dan bersedia dengan sebarang kemungkinan protes dan bantahan, barulah diumumkan dan didedahkan kepada umum.

5. Dengan cara itu barulah rakyat tidak resah dan gelisah. Barulah rakyat tidak terkejut dan melabel kerajaan dengan berbagai bentuk. Kerisauan dan kemelut rakyat dapat dibendung dan ditangani dengan baik. barulah rakyat buat kesimpulan bahawa orang yang dipilih mentadbir negara itu adalah pilihan yang tepat.

6. Ini tidak. Dengan tiba-tiba sahaja terus umumkan sesuatu yang baru yang hendak dilaksanakan. Bangun saja dari tidur, terus memikirkan apa yang hendak diumumkan hari ini. Bila terus diumumkan begitu, rakyat terkejut. Lepas satu, satu pula isu ditimbulkan membuat rakyat terperanjat dan mengeluarkan pendapat yang berbagai-bagai.

7. Baru saja mengumumkan cadangan mewajibkan pembelajaran bahasa ibunda di semua sekolah kebangsaan yang menimbulkan macam-macam reaksi rakyat, Menteri Pelajaran umumkan pula tentang cadangan pemansuhan UPSR dan PMR. Lagi sekali rakyat dipaksa memberi reaksi dan pendapat. Apa jenis menteri seperti ini, selalu bercakap perkara yang baru jadi cadangan semata-mata untuk meletak rakyat dalam keresahan dan pertikaian sesama sendiri.

8. Ini bukanlah kali pertama Kementerian Pelajaran buat hal macam ini. Sebulan yang lalu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Fuad Zarkashi mengumumkan perlunya dilaksanakan 'Lesen Guru' bagi membolehkan guru bertugas dengan cemerlang. Hal ini dinafikan pula oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin. Sama-sama satu kementerian pun buat kenyataan yang tidak serupa.

9. Sebelum ini isu sekolah satu aliran bukan main lagi beria-ia diumumkan Tan Sri muhyiddin. Akhirnya isu itu tinggal terawang-awang tak ketahuan apa sudah terjadi. Rakyat ditinggalkan terpinga-pinga begitu sahaja.

10. Jadi adalah lebih baik jika ada apa-apa perkara yang hendak dilaksanakan, perbincangkanlah dulu di peringkat kementerian atau pegawai sebelum diumumkan kepada orang ramai. barulah ia dilihat sebagai satu tindakan yang bijak.

11. Ingatlah, anda mentadbir sebuah negara, bukan sebuah keluarga atau sedang 'main masak-masak'.