Saturday, September 25, 2010

PARTI ANAK BERANAK

Jika betul dan tepat ramalan ramai, Wan Azizah kelak akan kekal sebagai Presiden, Azmin akan dipilih menduduki kerusi nombor dua manakala Anwar kekal sebagai Ketua Umum PKR. Kemudian puteri Anwar dan Wan azizah pula akan menduduki salah satu kerusi Naib Presiden. Anwar tak mungkin menjadi Presiden kerana ternyata Ketua Umum lebih berkuasa daripada Presiden.

Maka jadilah PKR sebuah parti Anak Beranak dan parti Kaum Keluarga. Betullah sepewrti jangkaan ramai termasuk apa yang difokuskan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Menurut Muhyiddin, rakyat perlu ambil iktibar dengan melihat apa yang berlaku.

Tetapi apa yang hendak diambil sebagai iktibar itu? Bab anak beranak menerajui parti tidak payah hendak dihairankan. Parti mana pun sama juga. Aapa boleh buat. Bakat anak-anak adalah diwarisi dari ibu bapa. Kalau bapa atau ibu atau kedua-duanya sekali orang politik, setidak-tidaknya tempais juga kepada mana-mana anak. Dalam Umno pun serupa. MCA juga sama dan MIC juga tidak terkecuali. Muhyiddin jangan hendak menyidir PKR. Rumahtangga Umno juga serupa.

Dalam parti manapun sama sahaja. DAP ada Lim Kit Siang bersama anak dan menantunya menjadi orang penting dalam parti itu. Ada juga Karpal Singh dengan anak-anaknya yang menunjangi DAP. Apa nak dihairankan?

Kalau tidak kerana Tun Razak, siapa yang kenal Najib? Orang melantik Najib menggantikan Tun Razak. Sesudah diletak sebagai calon menggantikan bapanya, barulah orang kenal Najib. Begitu juga Mukrij. Saja-saja orang nak pilih Mukrij kalau tidak ada nama Tun Mahathir dan Dr Siti Asmah di hujung namanya? Sebelum ini orang tak kenal pun siapa dia. Isa Samad hendak dipilih orang jika dia bukan anak Samad Idris?

Dahulu orang memilih Tajul Rosli kerana ada nama Ghazali Jawi. Mujahid Yusuf orang kenal? Orang tidak akan peduli jika tidak dibubuh nama 'Rawa' di hujung namanya. Begitu juga Nik Abduh. Kalau tidak ada nama Nik Aziz di hujung namanya, orang tidak tahu siapa Nik Abduh.

Cuba lihat siapa yang gantikan Chua Soi Lek di kawasan parlimen yang disandangnya dulu, bukankah anaknya sendiri? Siapa Vel Paari? Kalau tidak ada nama Samy Vellu, siapapun tidak akan melantik Vel Paari jadi pemimpin.

Bill Clinton pun menonjolkan isterinya Hillary dalam politik. Siapa hendak memilih Hillary jika bukan kerana ia isteri Clinton? Lihat saja Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Kalau bukan kerana dia menantu Pak Lah tak akan dia berada di kedudukannya sekarang.

Apa hendak dihairankan? Cuma lambat atau cepat seseorang tokoh generasi kedua akan menunjangi parti. Semua parti adalah parti anak beranak dan kaum keluarga. Banyak contoh-contoh seperti ini. Tak payah nak diambil iktibar apa-apa. Sama sahaja.

Usah kata kepada PKR sahaja. Semua parti serupa. Semua parti adalah parti anak beranak dan saudara mara cuma Khalid Samad dengan Shahril Samad sahaja berlainan parti.

2 comments:

Anonymous said...

aku dah check latar belakang hang.selidik punya selidik rupanya hang keluar hasil daripada jenis anak haram akibat mak bapa hang tak nikah tapi tutuh sampai keluak hang.kalau tak,tak akan hang jadi bengong dan kurang ajar macam ni.
juga aku dah siasat,rupanya hang kaki jubuk.habis adik beradik hang ,hang sapu.bukan setakt tu saj,pungkok hang pun hang bagi depa sapau

The Clown said...

Bukan main emosional kawan kita kat atas tu.

Agaknya dia termakan cili dan terasa pedasnya.