Sunday, August 29, 2010

APABILA NIK AZIZ MEMBERI NASIHAT, .........

Sejak bermulanya demonstrasi BENDERA di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia, teringin sangat hendak mendengar pandangan Tuan Guru Nik Aziz mengenainya selain mendengar dan melihat ketegasan Menteri Luar Malaysia sendiri. Akhirnya Nik Aziz bersuara juga berupa nasihat yang berguna.

Namun apa yang dilihat, nasihat tersEbut seolah-olah 'cakap tidak serupa bikin' pula kerana apa yang dilaksanakannya di negara sendiri jauh menyimpang dari nasihat yang diberikannya di peringkat antarabangsa. Berikut dipetik beberapa ayat yangn diucapkan Nik Aziz mengenai insiden 'baling najis' di kedutaan Malaysia baru-baru ini.

- ...sepatutnya masalah kedua-dua negara yang sudah lama berjiran boleh dielakkan menerusi meja rundingan.

- .....bahawa tindakan mengadakan demonstrasi serta melempar najis manusia itu satu perkara yang memalukan kerana Malaysia dan Indonesia adalah berjiran, selain itu satu bangsa dan majoritinya beragama Islam seperti Malaysia.

- Saya hairan mengapa berlaku seperti ini, sikit-sikit hendak mengadakan demonstrasi......Ini kerja yang memalukan terutama membabitkan sesama Islam.

- Ini bermakna kita (Islam) tidak boleh menjadi contoh kepada orang (agama) lain.

- Adik beradik sendiri bertengkar, sedangkan perkara ini kita boleh selesaikan melalui meja rundingan atau berbincang.

Itulah intipati luahan hati Nik Aziz kepada para wartawan selepas menyampaikan kuliah mingguan di Kota Bharu pada Jumaat 27 Ogos lalu.

Aku ketawa panjang selepas membaca dan mengetahui luahan hati 'ulama ternama' ini kerana apa yang diluahkannya tidak senada dengan apa yang dibuatnya selama ini. Buat apalah beliau bersusah payah memberi pandangan dan nasihat isu global begini sedangkan dalam isu-isu nasional sendiripun beliau 'keras hati' tidak mahu menggunakan meja rundingan. Bukankah isu kerjasama dengan Umno yang sesama Melayu dan sesama Islam beliau tolak mentah-mentah?

Tahu pula dia bahawa Indonesia dan Malaysia sesama serumpun bangsa dan sesama beragama Islam. Apakah Umno tidak Islam pada pandangan Nik Aziz? Kalau PAS Islam dan Umno Islam kenapa Nik Aziz tidak ingin langsung membuka pintu rundingan seperti yang diharap-harapkan banyak pihak yang di luar parti-parti politik?

KAHKAHKAHKAHKAHKAH!!!!

Cakap tidak serupa bikin.

2 comments:

Anonymous said...

salam. macam mane x tolak mentah2, kan tok guru dah bgtau, kalo nk begabung, umno perlu menerima islam. sedangkan ko pun tau umno mengamalkan corak pemerintahan bukan islam. x yah nk menidakkan. benda ni betul. umno sesat. (aku sbgai rakyat)

The Clown said...

Umno sesat?

Sesat lagi DAP malah memang kafir.
Betulkan safmu dan kerjasamalah dengan kafir. Itu yang lebih baik buatmu?